Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.na.man] | ڤنانمن

Definisi : perihal menanam (menanam­kan): petani-petani dlm mukim tersebut ber­setuju memulakan ~ padi jenis baru itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.na.man] | ڤنانمن

Definisi : perbuatan atau hal menanam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penanaman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cropping intensityintensiti penanamanPertanianAgronomi

 Kekerapan penggunaan sebidang tanah dengan aktiviti penanaman. Intensiti penanaman yang tinggi digambarkan dengan penggunaan tanah secara berterusan sepanjang tahun tanpa memberi ruang masa untuk tanah direhatkan daripada tanaman. Contohnya, kawasan jelapang padi di Kuala Selangor, intensiti penanamannya tinggi dengan padi ditanam lima kali dalam dua tahun. Tanaman baru dimulakan lebih kurang 20 hari selepas tanaman lama dituai. Sebaliknya, intensiti penanaman rendah terdapat di kawasan yang tidak menerima pengairan di Negeri Sembilan. Tanaman padi diusahakan hanya sekali setahun dan tanah dibiarkan sebagai kawasan ragutan ternakan selama 7 bulan. Intensiti penanaman tinggi memerlukan input baja yang tinggi dan lebih terdedah kepada risiko perosak dan penyakit.

structural plantingtanam strukturLandskapTiadaPenanaman asas yang mengi kut susunan dan jarak tertentu dan tidak secara keadaan semula jadi. Penanaman ini menjadi kerangka pada penanaman seterusnya.,Penanaman tumbuhan asas pada muka lahan yang baharu dibentuk. Tujuannya adalah untuk mengurangkan air larian permukaan.
sequential croppingpenanaman berjujukPertanianAgronomi

 Sistem penanaman berganda yang melibatkan penanaman dua atau lebih jenis tanaman, bergilir-gilir pada satu bidang tanah. Contohnya, tanaman pertama terdiri daripada jagung dan setelah dituai, kacang soya pula ditanam. Penanaman berjujuk dilakukan untuk mendapatkan keuntungan tinggi daripada sebidang tanah dan pemulihan tanah melalui tanaman jenis kacang.

relay croppingpenanaman gegantiPertanianAgronomi

 Sistem penanaman berganda yang melibatkan penanaman tanaman kedua semasa tanaman pertama masih lagi belum dituai. Contohnya, tanaman jagung, kacang soya ditanam antara barisan jagung ketika jagung sedang berbunga. Hal ini membolehkan kacang soya membesar, dalam masa jagung mencapai kematangan untuk dituai. Selepas jagung tersebut dituai, kacang soya telah matang dan mengeluarkan hasil dalam masa yang singkat berbanding ditanam selepas jagung dituai. Penanaman ganti menjimatkan masa dan menjurus kepada penggunaan tanah yang lebih efisien untuk menghasilkan dua jenis tanaman berbeza.

ridge plantingpenanaman batasPertanianAgronomi

 Sistem penanaman di atas batas seperti sayur-sayuran atau bunga. Penanaman batas dilakukan sekiranya kawasan penanaman terlalu lembap atau bertakung air. Batas akan meningkatkan saliran air dan memperbaiki pengudaraan akar tanaman di atas batas.

avenue plantingpenanaman lebuhPertanianAgroteknologiPenanaman pokok atau tanaman landskap dalam barisan yang lurus dengan jarak antara barisan yang luas. Kawasan di antara barisan pokok biasanya dijadikan sebagai laluan kenderaan atau pejalan kaki. Contoh pokok yang ditanam ialah pokok palma, pokok hujan-hujan dan pokok bungur. Bagi penanaman pokok kelapa, kaedah penanaman lebuh ini turut digunakan untuk membolehkan penanaman tanaman lain seperti koko dilakukan di antara barisan.
off season croppingpenanaman luar musimPertanianAgroteknologiPenanaman tanaman semusim seperti padi dan jagung yang mempunyai tempoh masa antara 3 hingga 4 bulan daripada penanaman sehingga tuaian pada waktu-waktu di luar musim. Sebelum wujudnya kemudahan pengairan, tanaman semusim ini diusahakan sekali setahun, iaitu pada musim tengkujuh supaya tanaman mudah tumbuh dengan bekalan air hujan yang mencukupi. Pada musim kemarau tanaman ini tidak diusahakan. Tetapi dengan adanya kemudahan pengairan, bekalan air dapat disimpan dan digunakan semasa musim kemarau. Oleh itu, padi dapat ditanam pada musim kemarau dan padi yang diusahakan pada musim ini dipanggil penanaman luar musim.
cropping cyclekitaran penanamanPertanianAgronomi

 Pusingan penanaman pelbagai jenis tanaman pada suatu kawasan tanah.  Contoh kitaran penanaman yang diamalkan di ladang organik di Malaysia ialah: 

rectangular plantingpenanaman segi empat tepatPertanianAgronomi

Penanaman tanaman saka seperti kelapa sawit, getah dan buah-buahan yang menggunakan ukuran atau dimensi segi empat secara tepat. Penanaman jenis ini sesuai untuk keadaan tanah yang rata. Contohnya, untuk tanaman getah, jarak tanaman segi empat tepat ialah 3 meter x 3 meter persegi.

strip croppingpenanaman jalurPertanianAgroteknologiKaedah penanaman yang diamalkan untuk memulihara tanah di tepi lereng bukit dengan mengurangkan kesan hakisan tanah yang diakibatkan saliran air yang kuat di tempat yang cerun. Kaedah ini melibatkan penanaman dua atau lebih jenis tanaman, iaitu setiap jenis tanaman pada satu jalur yang diselang-selikan dengan jalur tanaman lain. Jalur-jalur tersebut diatur mengikut kontur tanah. Bagi mendapatkan kesan yang maksimum, jenis tanaman yang memerlukan pembajakan intensif seperti jagung perlu diselang-selikan dengan tanaman yang tidak memerlukan pembajakan yang intensif seperti rumput dan kekacang pastura. Jalur yang kurang dibajak memainkan peranan untuk menyekat saliran air di tepi bukit.
12345678910...

Kembali ke atas