marker rendering | pelukisan realistik penanda; lukisan realistik penanda | Kesenian | Tiada | 1. Pelukisan realistik penanda: Proses membuat lukisan realistik dengan menggunakan penanda.,2. Lukisan realistik penanda: Lukisan realistik yang menggunakan penanda. |
radar receiver | penerima radar | Kejuruteraan | Tiada | Penerima radio kepekaan tinggi yang direka bentuk untuk menguatkan dan nyahmodulat isyarat-isyarat gema radar dan menyuapkannya ke radarskop atau penanda-penanda lain. |
cable marker | penanda kabel | Teknik | Elektrik | 1. Penanda yang menunjukkan terdapatnya kabel dalam lantai simen atau tanah. Pada lantai simen, penanda ini biasanya ditunjukkan dengan penutup kotak simpang yang berwarna, sementara penanda bagi kabel dalam tanah pula menggunakan batu bertulis keterangan tentang kabel, batu dengan simbol khas, atau jubin kabel. 2. Penanda yang menunjukkan tugas atau kod nombor kabel mengikut reka bentuk gambar rajah. Penandaan ini dilakukan dengan melilit pita, gelang atau cakera di hujung setiap kabel yang dikehendaki. Setiap satu tugas dibezakan dengan warna atau nombor kod. |
standard generalized markup language (SGML) | bahasa penanda teritlak piawai (SGML) | Teknologi Maklumat | Perisian | Bahasa meta yang mempunyai piawaian ISO 8879:1986 yang membolehkan pengguna mentakrifkan bahasa penanda bagi sesuatu dokumen. Bahasa ini merupakan hasil daripada bahasa penanda umum IBM, iaitu bahasa penanda umum (GML) yang dibangunkan oleh Charles Goldfarb, Edward Mosher dan Raymond Lorie. SGML menyediakan sintaks abstrak yang boleh direalisasikan dalam pelbagai sintaks konkrit. Contohnya adalah seperti yang berikut: Seolah-olah seperti ini |
biallelic marker | penanda dwialel | Sains Forensik | Tiada | Dua alel yang mungkin mempunyai perbezaan pada kedudukan nukleotidanya. Penanda dwialel yang mempunyai perbezaan satu nukleotida atau juga dikenali sebagai penanda genetik polimorfisme nukleotida tunggal (SNP) boleh digunakan untuk melihat rangkaian keturunan atau salasilah sesebuah keluarga. |
genetic marker | penanda genetik | Sains Forensik | Tiada | Satu lokasi khusus pada kromosom yang mempunyai ciri genetik yang tertentu. Penanda genetik boleh merupakan satu urutan DNA pendek seperti urutan yang mengandungi polimorfisme nukleotida tunggal atau urutan yang lebih panjang seperti makrosatelit dan minisatelit. Penanda genetik yang digunakan dalam DNA forensik masa kini ialah lokus ulangan tandem pendek pada kromosom yang berbeza. |
benchmark | penanda aras | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Ukuran tertentu yang menjadi sasaran sebagai tahap yang ingin dicapai oleh individu, organisasi atau negara. Dengan adanya penanda aras ini segala usaha atau kerja akan diarah menuju kepada matlamat yang disasarkan. Penanda aras boleh juga dibuat secara khusus dengan merujuk kepada contoh sesuatu kerja, perkhidmatan atau barangan tertentu. Bahan atau kerja yang dirujuk selalunya berkualiti tinggi dan berdaya saing. Barangan atau khidmat yang ingin dihasilkan akan diusahakan supaya mencapai tingkat yang ditandaraskan. Budaya kerja Jepun dan Korea Selatan telah menjadi tanda aras kepada perkerja Malaysia sejak dari perlancaran Dasar Pandang Ke Timur beberapa dekad lalu. Sinonim ukur rujuk |
Extensible HTML (XHTML) | HTML tambahan (XHTML) | Teknologi Maklumat | Perisian | Bahasa penanda yang mempunyai kedalaman ungkapan sama seperti HTML dan juga menyerupai sintaks bahasa penanda tambahan (XML). XHTML ialah aplikasi XML yang merupakan subset bagi bahasa penanda teritlak piawai (SGML), manakala HTML ialah aplikasi bagi SGML. Dokumen XHTML membolehkan pemprosesan automatik dilakukan menggunakan alat XML yang piawai. XHTML boleh dianggap sebagai tindanan HTML dan XML kerana XHTML merupakan pembinaan semula HTML dalam XML. Contoh kod XHTML 2.0 adalah seperti yang berikut: |
flag | penanda | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penanda: Cip plastik berwarna di dalam rak bilik untuk menanda status bilik, daftar keluar dan sebagainya. |
marker | penanda | Sukan | Tiada | 1. Penanda: Pegawai dalam acara perseorangan yang bertugas: 1. Memberitahu jarak sebenar antara jek dengan bol. 2. Menanda penyentuh dengan kapur. 3. Mencatat skor setiap end. |