montage | montaj | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah yang digunakan oleh pengarang untuk melahirkan makna atau suasana dalam karya. Kaedah ini melibatkan gabungan beberapa unsur penceritaan, peristiwa secara bertentangan atau jukstaposisi. Gabungan unsur penceritaan yang pelbagai sering dibuat tanpa susunan yang teratur atau logik sehingga memberi kesan tertentu kepada khalayak. Montaj banyak terdapat dalam bidang seni reka, drama dan filem. Dalam kesusasteran, penggunaan montaj ditemui dalam novel dan cerpen yang menggunakan pelbagai bentuk teknik penceritaan, khususnya dalam karya berbentuk tak konvensional. Makna atau kesan yang terdapat dalam cerita disampaikan melalui susunan peristiwa atau unsur yang saling bertentangan dan bukannya melalui susunan yang teratur seperti dalam karya konvensional. Montaj biasanya disampaikan melalui monolog dalaman watak dalam karya. Contoh penggunaan montaj dapat dilihat dalam novel bertajuk Daerah Zeni oleh A. Samad Said. |
objective point of view | sudut pandangan objektif | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah penceritaan daripada pengarang yang menempatkan dirinya di luar cereka dan mengisahakan perkara yang berlaku tanpa melakukan sebarang bentuk komentar yang memihak atau bersifat peribadi. Kaedha penceritaan seperti ini dikenali juga sebagai teknik lalat di dinding (fly-on-the-wall technique), pengarah sembunyi diri (self-effacing author), dan pandangan kamera (camera eye). |
fabulation | fabulasi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk cereka yang mengetepikan pemaparan realiti secara tepat. Contohnya dalam cereka realistik. Cereka ini secara sedar dan sengaja memperagakan hakikat penceritaan bahawa segala yang dipaparkan hanyalah suatu bikinan. Cereka ini menonjolkan alat penceritaan yang digunakan khusus untuk membangunkan cereka tersebut. Fabulasi sering dikaitkan dengan tulisan Robert Scholes yang berjudul The Fabulators (1967). Namun pada awal tahun 1484, Caxton telah menggunakan istilah fabulator untuk maksud ini. Lihat juga metafiksyen, pascamodenisme, realisme magis. |
authorial intusion | celahan pengarang | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, b |
retelling | penceritaan semula | Kesusasteraan | Tiada | Menceritakan kembali cerita-cerita lama dalam bentuk baru untuk bacaan umum dan kanak-kanak. Contoh: cerita Tukang Kasut Dengan Orang Kerdil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. |
deus-ex-machina | dens-ex-machina | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang digunakan secara mendadak, tidak wajar, kurang munasabah, diada-adakan atau secara paksa. Tujuannya untuk menyelesaikan keadaan sukar yang timbul dalam cerita yang tidak dapat di tangani oleh pengarang dengan meyakinkan. Deus-ex-machina boleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti kebetulan yang tidak disangka-sangka, magis, sakti atau kuasa ghaib yang muncul secara tiba-tiba untuk membantu wira yang hampir tewas. Hal ini dianggap satu kelemahan dalam penulisan, biasanya digunakan dengan nada negatif dan sering ditemui dalam melodrama. Deus-ex-machina berasal daripada drama Yunani purba apabila watak tuan diselitkan dalam cerita untuk menyelamatkan situasi yang genting. Tuhan diturunkan ke pentas dengan menggunakan jentera. Deus-ex-machina sering ditemui dalam cerita yang mempunyai plot yang rumit dan berbelit-belit seperti dalam novel Ton Jone (1749) oleh Joseph Fielding dan Bleak House (1852) oleh Charles Dickens. Dalam sastera Melayu, alat penceritaan seperti ini biasa digunakan, dan ke |
nonstylized storytelling | penceritaan lugas | Kesusasteraan | Tiada | Cerita-cerita rakyat yang dituturkan oleh seorang amatur dalam bahasa seharian. |
photonovel | fotonovela | Pendidikan | Tiada | Teknik penceritaan menggunakan satu jujuk gambar foto yang mempunyai teks bertindih seperti kartun jalur. |
plot | plot | Komunikasi | Korporat | Proses penceritaan sesuatu persembahan drama atau penulisan kreatif. Proses tersebut biasanya menggunakan pendekatan yang disesuaikan dengan genre sesuatu cerita atau persembahan dan khalayak sasaran. Secara strategiknya, proses persembahan adalah berasaskan titik pembangunan cerita atau persembahan yang bertujuan untuk menarik perhatian khalayak. Dalam komunikasi korporat, plot dirujuk sebagai satu strategi persembahan mesej. Contohnya, dalam penerbitan video korporat, plot lebih dilihat sebagai satu proses perancangan idea yang strategik dalam menyalurkan mesej daripada organisasi kepada khalayak. Bagi memastikan penguasaan khalayak terhadap mesej, strategi persembahan perlu dirancang dengan berkesan. Strategi tersebut adalah dengan mendapatkan dan mengekalkan perhatian khalayak, mewujudkan kefahaman, meningkatkan penghayatan, mengekalkan ingatan, dan pengamalan terhadap mesej. Pendekatan yang sama boleh digunakan dalam strategi penyampaian taklimat dan pengucapan awam. |
flashback | imbas kembali | Kesusasteraan | Tiada | Teknik penceritaan oleh pengarang cereka atau drama untuk menyajikan babak atau peristiwa yang berlaku terlebih awal daripada apa yang sedang terlaksana. |