digestive tract | trek pencernaan/saluran pencernaan | Perubatan | Tiada | Tiada |
caecum | sekum | Veterinar | Tiada | Satu bahagian berhujung buntu, terletak di persimpangan antara usus kecil dan kolon. Pada haiwan ruminan dan unggas, organ ini terbentuk dengan jelas dan berfungsi sebagai tempat pencernaan dan fermentasi bahan berserabut tinggi. Pada haiwan herbivor seperti kuda dan arnab, organ ini merupakan bahagian terbesar daripada keseluruhan saluran pencernaan. Pencernaan dalam organ ini kebanyakannya dilakukan oleh aktiviti mikroorganisma. Penyerapan asid lemak meruap dan vitamin, hasil dan aktiviti mikroorganisma tersebut berlaku di bahagian ini. |
digestion | pencernaan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | 1. Proses pemecahan bahan makanan kompleks juzuk yang lebih ringkas oleh enzim pencernaan supaya dapat diserap ke dalam saluran darah. Contoh, pencernaan protein kepada asid amino. 2. Proses penguraian bahan organik oleh asid. Contoh, pencernaan protein oleh asid sulfurik pekat dalam kaedah Kjeldahl. |
post-ruminal digestion | pencernaan pascarumen | Veterinar | Tiada | Proses pencernaan yang berlaku selepas digesta memasuki abomasum sehingga sampai ke bahagian kolon pada ternakan ruminan. Proses pencernaan dan penyerapan pada peringkat ini adalah sama dengan apa yang berlaku pada ternakan bukan ruminan. |
duodenum | duodenum | Veterinar | Tiada | Bahagian pertama usus kecil mamalia, yang terletak di antara pilorus (bahagian hujung bawah perut) dengan jejunum. Organ ini berbentuk ladam dan terlibat secara aktif dalam pencernaan makanan. Jus pencernaan dari hempedu dan pankreas akan memasuki salur pencernaan melalui duktus yang berakhir di dalam organ ini. Apabila makanan masuk ke dalam organ ini, lapisan mukosanya mengeluarkan hormon yang merangsang pundi hempedu, pankreas dan ileum supaya menghasilkan jus pencernaan. |
digestant | pencerna | Farmasi | Farmakologi | 1.Berkaitandenganmembantupencemaan ataumerangsang pencernaan. 2.Agen yang berupaya membantu pencernaan. Contohnya, pepsin yang ditambah ke dalam diet untuk membantu pencernaan makanan |
ruminal overload | beban lebih rumen | Veterinar | Tiada | Keadaan apabila muatan dalam rumen dipenuhi oleh digesta yang terlampau banyak sehingga menyebabkan proses pencernaan terganggu. Kelewatan pencernaan serabut juga boleh mempengaruhi pengumpulan digesta yang terlalu banyak sehingga menyebabkan ternakan sukar bergerak dan mengganggu selera makan. |
digestive enzyme | enzim saluran pencernaan | Veterinar | Tiada | Enzim endogen yang dihasilkan oleh kelenjar pada organ-organ tertentu dalam sistem pencernaan haiwan. Contohnya, enzim amilase dari kelenjar liur yang bertindak balas terhadap kanji, pepsin dari dinding perut yang bertindak balas terhadap protein dan lipase dari dinding usus yang bertindak balas terhadap lemak dan lipid. Terdapat juga enzim-enzim pencernaan yang dikeluarkan oleh organ-organ aksesori seperti kimotripsin dari pankreas dan hempedu dari hepar. Enzim-enzim ini mempunyai sifat khusus dari segi aktivitinya dan bertindak terhadap sesuatu sebatian untuk menghasilkan unit-unit terkecil nutrien supaya mudah diserap. |
digestive gland | kelenjar pencernaan | Geologi | Tiada | Struktur yang merembeskan enzim pencernaan. |
alimentary tract | salur pencernaan | Perubatan | Tiada | Organ yang berfungsi dalam proses pencernaan makanan. Organ ini terdiri daripada mulut, esofagus, gaster, duodenum, jejunum, ileum, sekum, kolon, rektum dan anus. |