aggression | pencerobohan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tindakan serangan secara tidak sah dan tidak bermoral oleh sesebuah negara terhadap negara lain. Campur tangan secara tidak sah menurut norma antarabangsa juga dianggap sebagai tindakan pencerobohan. Perlakuan ini biasanya berbentuk tindakan serangan walaupun kadangkala tindakan ini dilakukan atas dasar mempertahankan diri melalui dasar serangan terlebih dahulu. Bentuk pencerobohan boleh terjadi secara langsung umpamanya serangan Jepun terhadap Pearl Harbour pada tahun 1941. Terdapat juga pencerobohan secara tidak langsung seperti tindakan Amerika Syarikat mengintip melalui kapal terbang U2 terhadap Kesatuan Soviet antara tahun 1955 hingga 1960. Selain itu, pencerobohan juga boleh bersifat bukan ketenteraan. Tindakan ekonomi seperti boikot dan embargo turut tergolong dalam kategori pencerobohan terhadap sesuatu negara. |
instrusion detection system (IDS) | sistem pengesanan pencerobohan (IDS) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian yang mengesan pencerobohan atau penggunaan terlarang ke atas aset sistem komputer. Perisian ini mengesan penyimpanan daripada penggunaan biasa, iaitu IDS berasaskan perilaku atau persamaan kepada ciri yang menunjukkan pencerobohan, iaitu IDS berasaskan pengetahuan. Sistem ini mampu mengelakkan pendedahan aset komputer dalam keadaan apabila maklumat pengenalan pengguna telah dicuri dan dipintas oleh penceroboh. |
tiger team | pasukan harimau | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Pasukan yang terdiri daripada pakar keselamatan komputer yang ditugaskan untuk menguji mekanisme pertahanan suatu sistem komputer. Ujian ini dilakukan dengan mensimulasi suatu pencerobohan berbantukan kaedah pencerobohan sebenar yang mungkin dipakai oleh pengguna hasad. Sekiranya pencerobohan berjaya dilakukan, maka pasukan yang sama akan menilai tahap kerosakan yang boleh berlaku dan memberi cadangan perlindungan tambahan kepada sistem. |
external aggression | pencerobohan luar | Sejarah | Tiada | Tindakan keganasan dan pencerobohan yang dilakukan sesebuah negara ke atas negara lain yang melanggar hak wilayah negara tersebut, biasanya ini akan membawa kepada peperangan seperti tindakan Jerman ke atas Poland dalam Perang Dunia II. |
intrusion detection | pengesanan pencerobohan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah mengenal pasti dan mengecam pencerobohan yang telah berlaku atau sedang dilakukan terhadap sistem komputer. Kaedah ini dilakukan berasaskan peraturan atau anomali. |
aggression | pencerobohan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan sesebuah negara melanggar negara lain dengan menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan tercetusnya konflik bersenjata. Pencerobohan adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa yang melarang penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa. |
intrusion prevention system | sistem penghalang pencerobohan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem yang mengambil tindakan menyerang bertujuan untuk menghalang penggunaan yang boleh membawa kepada pencerobohan terhadap sistem komputer. |
robin hood syndrome | sindrom robin hood | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Tingkah laku psikologi pada pengguna hasad yang menyatakan bahawa aktiviti serangan dan pencerobohan pada komputer milik pengguna individu adalah salah. Sebaliknya, aktiviti serangan dan pencerobohan pada komputer milik organisasi besar adalah dibenarkan. |
virus invasion | pencerobohan virus | Komputer | Tiada | Tiada |
visual intrusion | pencerobohan visual | Landskap | Tiada | Suatu elemen yang mengganggu atau menampakkan kejanggalan secara visual pada suatu tapak. |