public opinion | pendapat umum | Komunikasi | Korporat | Pendapat yang dibentuk dan dipercayai oleh orang ramai tentang sesuatu isu atau perkara. Pendapat awam ini mengandungi unsur pernyataan yang diterima sebagai benar, berkaitan dengan khalayak umum dan berkepentingan kepada mereka pada sesuatu masa. Secara umumnya, pendapat yang terbentuk dalam kalangan individu sesuatu masyarakat tidak berbeza antara satu sama lain. Kecenderungan ini membentuk satu pendapat umum yang serupa. Pendapat umum biasanya terbentuk akibat pendedahan khalayak terhadap sesuatu isu atau keadaan yang disiarkan melalui media cetak atau media elektronik. Oleh itu, media kerap digunakan sebagai alat untuk mempengaruhi khalayak supaya berlakunya pemindaan dan perubahan sesuatu arah pendirian awam terhadap sesuatu isu. Kesan hebahan tersebut membolehkan individu dalam masyarakat membentuk pendapat masing-masing. Pendapat umum kerap digunakan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan persetujuan bersama yang berkaitan dengan aspek politik, ekonomi, atau sosiobudaya. Dalam bidang perhubungan awam, k |
world public opinion | pendapat awam sejagat | Komunikasi | Tiada | Pendapat yang dinyatakan secara bersama oleh ahli masyarakat dalam beberapa buah negara mengenai sesuatu isu. Pendapat seperti ini mudah diperoleh akibat daripada sistem komunikasi yang bersifat global dan kemunculan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Green Peace, Amnesty International dan sebagainya. |
public opinion | pendapat awam | Komunikasi | Korporat | Lihat pendapat umum. |
idea champion | johan pendapat | Pentadbiran | Tiada | Seseorang yang mengemukakan pendapat atau idea dan mempertahankannya. |
public opinion poll | pungutan pendapat awam | Sejarah | Tiada | Pungutan pendapat di kalangan orang awam untuk menentukan sesuatu hal atau pungutan suara rakyat jelata. |
differences (opinion) | perselisihan (pendapat) | Sejarah | Tiada | Perselisihan faham akibat perbezaan dalam pendapat atau pandangan. |
opinion interview | wawancara pendapat | Komunikasi | Tiada | Wawancara yang dilakukan untuk memperoleh pendapat dari tokoh-tokoh tertentu mengenai pandangan bernas mereka tentang sesuatu isu. |
expert opinion | pendapat pakar | Komunikasi | Korporat | Kaedah pemasaran dan pengesanan pasaran yang menggunakan pendapat wakil jualan, pengedar, pembekal, persatuan industri perdagangan, perunding pemasaran, atau organisasi di luar syarikat barangan yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai pasaran sesuatu barangan. Antara kaedah yang digunakan termasuklah perbincangan fokus, temu bual mendalam, dan tinjauan. Tujuannya adalah untuk membantu pihak syarikat merancang strategi pemasaran sesuatu barangan baru atau barangan sedia ada yang menghadapi masalah jualan. Matlamat kaedah ini adalah untuk merancang strategi baru bagi menguasai pasaran dan mengatasi persaingan. Antara aspek yang kerap dikesan melalui rujukan pakar ini adalah dari segi mutu, pembungkusan dan persembahan, harga, promosi, kebolehdapatan barangan, dan kepelbagaian teknik jualan. Proses ini dilakukan oleh bahagian komunikasi korporat dan penyelidikan dalam syarikat berkenaan atau melalui syarikat perunding pemasaran. |
freedom of expression | kebebasan pendapat | Komunikasi | Tiada | Hak yang dimiliki rakyat untuk menyatakan pendapat secara terbuka menerusi media tetapi harus tertakluk kepada undang-undang dan etika yang berkaitan. |
public opinion | pendapat awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pandangan, idea, buah fikiran, sikap, kepercayaan dan persepsi individu dalam masyarakat yang diperoleh melalui media dan pungutan suara dari satu segmen masyarakat yang boleh mewakili pendapat umum terhadap sesuatu isu. Pandangan yang datang daripada masyarakat umum ini biasanya berkaitan dengan sesuatu isu atau masalah yang berlaku di persekitaran mereka, dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah dan perkembangan yang berlaku di luar negara. Antara saluran utama pendapat awam ialah agensi pungutan suara, akhbar, forum perbincangan, seminar, konvensyen, internet dan telefon. |