cavity bevel | bevel kaviti | Pergigian | Tiada | Penyediaan gigi melibatkan pemotongan enamel yang serong biasanya sebanyak 450 bagi melebarkan pendedahan enamel. Pendedahan enamel yang banyak akan menguatkan proses pegangan restorasi pada gigi. |
traumatic pulp exposure | pendedahan pulpa traumatik | Pergigian | Tiada | Pendedahan tisu pulpa yang disebabkan oleh kecuaian perawat semasa prosedur penyediaan kaviti. Biasanya pulpa akan memberi tindak balas yang baik kepada pendedahan jenis ini jika perawat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menutup pendedahan tersebut. |
general liability insurance | insurans liabiliti am | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang melindungi pemilik dan pengendali perniagaan daripada pelbagai jenis pendedahan liabiliti. Pendedahan ini termasuk liabiliti yang timbul akibat kemalangan yang berpunca daripada premis, operasi insured, keluaran yang dijual oleh insured, dan liabiliti berkontrak. |
carious pulp exposure | pendedahan pulpa berkaries | Pergigian | Tiada | Pendedahan pulpa akibat kemusnahan enamel dan dentin oleh karies. Karies yang telah merebak ke bahagian pulpa akan menyebabkan tisu pulpa terdedah kepada pencemaran bakteria di persekitaran mulut. Jika pendedahan tidak dirawat, tisu pulpa akan menjadi nekrosis. |
acetaldehyde poisoning | keracunan asetaldehid | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada asetaldehid (formula kimia, C2H4O) pada dos yang tinggi. Had pendedahan individu terhadap bahan ini ialah 100 ppm. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan dan koma. Dalam keracunan akut, pendedahan kepada wap menyebabkan kerengsaan teruk membran mukus, kemerahan pada kulit, batuk, edema pulmonari dan narkosis. Pengingesan menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, narkosis dan kegagalan pernafasan. Dalam keracunan kronik, pendedahan berulang kepada wap menyebabkan dermatitis dan konjunktivitis. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah kerengsaan pulmonari dan edema. |
chloroacetophenone poisoning | keracunan kloroasetofenon | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada kloroasetofenon, yang digunakan sebagai gas pemedih mata. Pendedahan yang lama kepada bahan ini mengakibatkan kornea menjadi merah. Jika semburan terkena mata, bahan ini menyebabkan perforasi pada kornea. Had pendedahan ialah 0.05 ppm. Tanda utama keracunan akut ialah kerengsaan kulit dan membran mukus. |
skin dose | dos kulit | Kejuruteraan | Tiada | Dos sinaran terdedah atau terserap yang diterima oleh kulit atau melalui kulit dari semua arah selepas pendedahan tunggal atau beberapa pendedahan. |
accumulation | tokokan | Komunikasi | Korporat | Kaedah pengiraan jumlah khalayak yang terdedah kepada bahan siaran melalui media pada sesuatu masa. Setiap kali pendedahan kepada sesuatu media berlaku, maka akan dikira sebagai sekali pendedahan kepada media berkenaan tanpa mengira jumlah masa pendedahan. Oleh itu, hasil pengiraan tersebut penting untuk diketahui oleh perancang publisiti, promosi, dan pengiklanan bagi menyediakan strategi pemasaran dan perhubungan awam. Contohnya, sekiranya sesebuah rancangan televisyen atau radio mendapat pendedahan jumlah keseluruhan khalayak yang ramai dalam tempoh masa siaran, maka nilai komersialnya adalah tinggi. Oleh itu, para pengiklan bersedia untuk mengiklankan barangan atau perkhidmatan mereka di saluran media berkenaan. |
pulp exposure | dedahan pulpa | Pergigian | Tiada | Pendedahan tisu pulpa disebabkan oleh karies yang ekstensif, pembuangan karies yang dalam atau kecuaian perawat semasa menyediakan lantai kaviti. Jika saiz pendedahan kecil daripada 0.5 mm, dedahan tersebut boleh ditutup dengan peletakan simen kalsium hidroksida iaitu pelapikan pulpa secara langsung. Pendedahan yang besar biasanya memerlukan rawatan endodontik. |
traumatic pulp exposure | pendedahan pulpa trauma | Perubatan | Tiada | Pendedahan pulpa yang disebabkan oleh trauma pada gigi terutama pemfrakturan gigi. |