redocumentation | pendokumentasian semula | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses semakan yang menganalisis sistem bagi menghasilkan dokumentasi sokongan baharu dalam pelbagai bentuk termasuk manual pengguna dan pengubahsuaian senarai kod sumber sistem. Proses ini bertujuan untuk menjelaskan semantik suatu perwakilan pada peringkat abstrak. Hasil perwakilan ini seperti aliran data, struktur data dan aliran kawalan dianggap sebagai pandangan alternatif bagi pengguna. Proses ini juga adalah bentuk termudah dalam kejuruteraan balikan. |
reengineering | kejuruteraan semula | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses pemeriksaan dan pengubahsuaian suatu sistem yang dilaksanakan semula dalam bentuk baharu. Proses ini meliputi kombinasi beberapa subproses seperti kejuruteraan balikan, penstrukturan semula, pendokumentasian semula, kejuruteraan hadapan dan penyasaran semula. Proses ini juga merupakan penjelmaan sistematik daripada sistem asal kepada bentuk baharu dengan meningkatkan kualiti dalam pengendalian, keupayaan sistem, kefungsian dan prestasi. Kejuruteraan semula juga menekankan kepentingan hasil pelaburan yang diperoleh berbanding dengan pembangunan sistem baharu. |
software evolution | evolusi perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Salah satu proses dalam aktiviti kejuruteraan semula. Proses ini dilakukan bertujuan untuk mempertingkat kesempurnaan, pembetulan dan kebolehselenggaraan sesuatu perisian. Contoh proses ini ialah penstrukturan semula dan pendokumentasian semula. Evolusi perisian dibuat untuk memenuhi keperluan baharu perisian tersebut. |
programming standards | piawai pengaturcaraan | Teknologi Maklumat | Perisian | Piawaian yang ditetapkan oleh sesebuah syarikat atau individu dalam membangunkan atur cara suatu sistem. Piawaian ini melibatkan setiap fasa pembangunan. Penetapan piawaian pengaturcaraan bagi sesebuah syarikat perlu diikuti seperti kaedah kod atur cara ditulis dan kaedah pendokumentasian. |