Oceanic Art | Seni Oseania | Kesenian | Tiada | Seni penduduk-penduduk kepulauan Pasifik, Mikronesia, Melanesia dan Polinesia. |
book boat | bot buku | Perpustakaan | Tiada | Bot yang digunakan untuk memberi perkhidmatan perpustakaan kepada penduduk-penduduk awam. |
indigenous population | penduduk bumiputera | Perubatan | Tiada | 1. Penduduk yang berasal atau merupakan penduduk asli sesuatu kawasan. |
population pattern | pola penduduk | Geografi | Tiada | Taburan penduduk di dalam sebuah kawasan seperti kepadatan penduduk. |
population census | banci penduduk | Sosiologi | Tiada | Proses pengiraan lengkap ke atas keseluruhan penduduk sesebuah negara pada masa tertentu mengenai ciri-ciri penduduk seperti jantina, umur, taraf pendidikan, dan muklumat isi rumah. |
distribution of population | taburan penduduk | Geografi | Tiada | Taburan ruangan dan masa penduduk di sesebuah kawasan yang akan menggambarkan sama ada kawasan itu mempunyai penduduk yang padat atau jarang. |
citizen band communication | komunikasi radio antara penduduk | Komunikasi | Tiada | Komunikasi yang berlangsung melalui radio antara penduduk di sesuatu tempat dengan penduduk yang berada di tempat lain. |
mining population | penduduk perlombongan | Geografi | Tiada | Penduduk sebuah kawasan yang secara langsung terlibat dengan aktiviti perlombongan di kawasan tersebut. |
civilian population | penduduk awam | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Golongan yang tidak boleh turut serta dalam pertempuran dan tidak boleh dijadikan sasaran atau objek kekerasan. Dalam situasi perang, penduduk awam harus dilindungi daripada tindakan-tindakan peperangan kerana mereka tidak terlibat dalam persengketaan yang berlaku antara pihak berperang. Serangan yang dilakukan terhadap penduduk awam boleh dianggap sebagai telah melakukan kejahatan perang sebagaimana yang terkandung dalam Konvensyen Geneva IV 1949. |
dense population | penduduk padat | Geografi | Tiada | Bilangan penduduk yang tinggi berbanding dengan luas kawasan yang didiami. |