sociology of literature | sosiologi sastera | Kesusasteraan | Tiada | Kajian yang memfokuskan hubungan antara teks dengan konteks sosial. Kajian akan melahirkan teks tersebut, termasuklah pendidikan, khalayak, penerbitan, persembahan pentas kelas sosial, dan ideologi pengarang dan khalayaknya. Ahli sejarah Perancis, Hippolyte Taine sering dianggap sebagai pengasas sosiologi sastera. Beliau menekankan bahawa sesebuah teks boleh diperjelas menurut tiga faktor utama, iaitu ras, persekitaran, dan masa. Sosiologi sastera sering dikaitkan dengan pendekatan Marxis tentang kajian budaya. Contohnya, sebarang kajian sosiologi sastera terhadap novel Salina oleh A. Samad Said akan melibatkan tumpuan terhadap latar belakang penulis, zaman perang yang melatari novel tersebut, sejarah penerbitan yang menyebabkan novel ini popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, dan lain-lain. |
literary mode of production | ragam pengeluaran sastera | Kesusasteraan | Tiada | Pengeluaran bahan bacaan yang dipengaruhi oleh institusi dan hubungan sosial. Konsep ini dikembangkan oleh penganut Marzxis moden termasuk Terry Eagleton dan Pierre Macherey. Menurut mereka, ragam pengeluaran sastera kini berbeza dengan ragam pengeluaran dahulu. Contohnya, pada abad ke-17 dan 18, sastera di Britain amat dipengaruhi oleh budaya penaungan. Pada zaman ini tuntutan pasaran seperti cita rasa pembaca mempengaruhi pengeluaran karya sastera. Justeru, fiksyen picisan seperti novel cinta yang menjadi kegemaran masyarakat kini banyak menentukan penerbitan karya sastera. |