guaranteed bond | bon terjamin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon yang dijamin oleh pihak lain selain penerbitannya dari segi ketepatan bayaran faedah dan pokoknya. |
Copyright Act 1987 | Akta Hak Cipta 1987 | Ekonomi | Tiada | Akta yang memberi hak kepada pengeluar tertentu untuk menerbitkan hasil penerbitannya dan menghalang pengeluar lain untuk menciplak atau menirunya bagi tujuan komersial dalam tempoh 50 tahun. |
cataloguing in publication | pengkatalogan dalam penerbitan | Perpustakaan | Tiada | Program yang bertujuan memberi data bibliografi untuk buku-buku baru terlebih awal daripada penerbitannya. |
working title | tajuk kerja | Komunikasi | Tiada | Tajuk sementara yang diberikan pada filem yang sedang dalam proses pembikinan. Tajuk ini mungkin diubah kepada tajuk lain yang lebih sesuai apabila filem tersebut selesai proses penerbitannya dan sedia untuk ditayang. |
newsletter | surat berita | Komunikasi | Korporat | Helaian keras yang mengandungi maklumat mengenai sesebuah organisasi. Jumlah helaian biasanya terhad dan tidak dijilid. Surat berita merupakan salah satu alat hubungan pekerja dalam sesebuah organisasi. Kekerapan penerbitan bergantung pada kemampuan organisasi dari segi kewangan dan kakitangan pengurusannya. Kandungan penerbitannya kerap diisi dengan maklumat organisasi, seperti ucapan, pegawai utama, keputusan mesyuarat pengurusan tertinggi, perkembangan terbaru organisasi dari segi keuntungan, peluang baru yang diperoleh, dan aktiviti ahli dalam organisasi. Matlamat akhir penerbitan buletin adalah untuk meningkatkan rangkaian komunikasi dalaman dan luaran organisasi. Kesan akhir yang ingin dicapai adalah untuk mengukuhkan citra organisasi dan kesetiaan pelanggan. Sinonim buletin. |
government Islamic bond (GIB) | bon Islam kerajaan (GIB) | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sijil yang diterbitkan oleh kerajaan. Kuasa menerbitkan sijil ini diperuntukkan di bawah Akta Pelaburan Kerajaan 1983. Tujuan bon ini dikeluarkan adalah untuk mendapatkan dana bagi membolehkan kerajaan membiayai projek jangka pendek dan jangka panjang. Prinsip syariah yang digunakan dalam penerbitannya ialah berasaskan hutang. Contohnya, bon kupon sifar. Lihat juga sijil pelaburan kerajaan. |