teaching strategy | strategi pengajaran | Pendidikan | Tiada | Perancangan pengajaran yang melibatkan penyusunan kaedah, teknik dan aktiviti dalam pengajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar. |
programmed teaching | pengajaran terancang | Pendidikan | Tiada | Kaedah pengajaran berasaskan bahan pengajaran yang dirancang dengan teliti untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang. Pelajar belajar dengan cara berinteraksi dengan bahan. |
competency-based teaching | pengajaran berasaskan kecekapan | Pendidikan | Tiada | Pendidikan guru yang bertujuan untuk melatih pelajar tentang kemahiran khusus dalam bilik darjah. Ini meliputi penggunaan kaedah pengajaran simulasi, pengajaran mikro dan analisis proses interaksi. |
computer-assisted instruction | pengajaran berbantukan komputer | Pendidikan | Tiada | Penggunaan komputer dalam pengajaran untuk membantu mempersembahkan bahan pengajaran kepada pelajar, memantau kemajuan pelajar atau memilih bahan pengajaran tambahan mengikut keperluan pelajar. |
systematic teaching | pengajaran sistematik | Pendidikan | Tiada | Gaya pengajaran berstruktur dan tersusun yang dirancang untuk mencapai objektif pengajaran. |
reflective teaching | pengajaran reflektif | Pendidikan | Tiada | Kaedah pengajaran yang melibatkan guru mengkaji kekuatan dan kelemahan semasa dan selepas pengajaran bagi mempertingkatkan kualiti pengajarannya. |
tutorial | tutorial | Pendidikan | Tiada | Perisian pengajaran yang menawarkan urutan pengajaran yang lengkap tentang sesuatu topik. |
teacher-centred teaching | pengajaran berpusatkan guru | Pendidikan | Tiada | Pendekatan pengajaran guru yang melibatkan guru secara aktif dalam pengajaran. Bandingkan student-centred teaching. |
macroteaching | pengajaran makro | Pendidikan | Tiada | Sesi latihan mengajar secara simulasi dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran sepenuhnya dari awal hingga akhir pengajaran mengikut tempoh yang ditetapkan. Bandingkan microteaching. |
collaborative teaching | pengajaran kolaboratif | Pendidikan | Tiada | Pendekatan pengajaran yang melibatkan kerjasama dan interaksi dua atau lebih guru dalam merancang, melaksana dan menyelesaikan sebarang masalah pengajaran secara berkesan. |