Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.si.dan] | ڤڠاسيدن

Definisi : proses mengasidkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.si.dan] | ڤڠاسيدن

Definisi : perihal atau proses mengasidkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengasidan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acidizingpengasidanKejuruteraanPetroleumSinonim : perawatan asid Kaedah perangsangan untuk merawat formasi di sekeliling lubang telaga dengan menggunakan tindak balas kimia asid bagi meningkatkan daya pengeluaran telaga. Dalam kaedah ini, asid pada tekanan tinggi disuntikkan ke dalam formasi melalui lubang telaga. Asid tersebut akan mengikis permukaan batuan, melarutkan sebahagian dari batuan atau melarutkan matriks batuan yang bersangkutan. Dengan demikian, ketertelapan formasi berkenaan akan meningkat. Selepas operasi selesai, biasanya asid yang digunakan akan dipam keluar dari formasi sebelum telaga memulakan semula operasi pengeluaran. Asid yang umumnya digunakan adalah asid hidroklorik atau asid hidrofluorik. Berdasarkan tekanan suntikan yang digunakan, terdapat dua jenis pengasidan, iaitu pengasidan matriks dan pengasidan peretakan. Rujuk : perangsangan; pengasidan matriks; pengasidan retakan.
fracture acidizinpengasidan retakanKejuruteraanPetroleumTeknik pengasidan yang dilaksanakan dengan cara menyuntikkan kadar alir asid atau dengan mengenakan tekanan suntikan yang lebih tinggi daripada tekanan retakan batuan yang bersangkutan sehingga asid mampu untuk mengikis permukaan retakan yang terjadi bagi membentuk saluran aliran linear ke dalam lubang telaga Rujuk : pengasidan.
fracture acidizingpengasidan retakanKejuruteraanTiadaPengasidan yang dilakukan pada tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan retakan formasi.
matrix acidizingpengasidan matriksKejuruteraanPetroleumTeknik pengasidan yang dilaksanakan dengan kadar alir suntikan atau dengan mengenakan tekanan suntikan yang lebih rendah daripada tekanan retakan batuan yang bersangkutan sehingga asid akan memasuki liang semula jadi batuan formasi dan meningkatkan ketertelapan batuan yang bersangkutan dengan dua cara, iaitu memperbesar permukaan liang dan/atau melarutkan partikel-partikel yang menyumbat liang batuan berkenaan. Rujuk : tekanan retakan batuan.
acidizingpengasidanGeografiHidrologiTiada
acidisationpengasidanKejuruteraanTiadaTiada
acidificationpengasidanVeterinarTiadaTiada
acidificationpengasidanPerubatanTiadaProses menjadi asid.
acidificationpengasidanKimiaTiadaTiada
acidificationpengasidanPertanianSains TanahTiada
123

Kembali ke atas