performance supervision | pemantauan prestasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pengawalseliaan majikan terhadap pekerja dalam konteks prestasi kerja. Setiap organisasi mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza-beza dalam membuat pemantauan. Pemantauan prestasi ini berteraskan lima kaedah utama, iaitu pengenalpastian matlamat organisasi yang hendak dicapai, penetapan standard kerja yang optimum sebagai garis panduan kerja, pelaksanaan kerja yang telah ditetapkan dan penyemakan terhadap kerja yang telah dilakukan, penilaian prestasi berdasarkan standard yang telah ditetapkan dengan yang sebenar dilakukan dan pemberian maklum balas hasil daripada penilaian yang dibuat. Biasanya, pengawalseliaan ini bukan sahaja melibatkan cara pekerja melaksanakan tugas tetapi mencakupi cara majikan menyediakan kemudahan terhadap pekerja. |
regulation of maritime traffic | pengawalseliaan lalu lintas kelautan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
Ar-Rahnu Retail Financing Department | Jabatan Pembiayaan Runcit Ar-Rahnu | Ekonomi | Ekonomi Islam | Jabatan di bawah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad yang diberi kuasa untuk menguruskan barang-barang gadaian yang gagal ditebus. Jabatan ini ditubuhkan melalui peruntukan undang-undang kecil Akta Koperasi 1993 yang bertanggungjawab mencari beberapa syarikat pelelong berlesen untuk membeli barang gadaian secara borong. Jabatan ini juga berfungsi sebagai pemberi pembiayaan dan pengawalseliaan perniagaan cawangan Ar-Rahnu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. |
Bank Negara Malaysia | Bank Negara Malaysia | Ekonomi | Ekonomi Islam | Bank pusat bagi Malaysia yang bertanggungjawab sebagai pengeluar mata wang dan menyimpan rizab bagi menjaga nilai mata wang tersebut, di samping bertindak mempengaruhi kedudukan kredit bagi kepentingan negara. Bank Negara Malaysia juga bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan serta ejen melaksanakan dasar monetari kerajaan. Bank Negara Malaysia melalui Jabatan Perbankan Islam dan Takaful memantau Akta Bank Islam 1983 supaya dipatuhi, dan menyediakan peraturan serta garis panduan pengawalseliaan bagi mewujudkan kestabilan struktur kewangan Islam. |