bahan pengawet | bahan pengawet | Keris | Tiada | Bahan yang digunakan untuk menjaga mata keris supaya tahan lama dan tidak berkarat. |
cold seaking treatment | rawatan rendam sejuk | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Rawatan pengawetan kayu bulat, seperti tiang atau kayu jaras dengan merendam sebahagian atau keseluruhan kayu ke dalam pengawet sejuk. Pengawet yang digunakan mempunyai kelikatan rendah pada suhu bilik, seperti pengawet penta dan kreosot dalam minyak diesel atau larutan kuprum naftenat. |
zone sample | sampel pengawet | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Pengawet yang diambil dari sebarang kedalaman atau zon di dalam tangki pengawet untuk menentukan kepekatannya. |
gross absorption | serapan kasar pengawet | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Jumlah pengawet yang diserap oleh kayu semasa tekanan dikenakan. Jumlah ini termasuk serapan pemula pengawet sebelum dikenakan vakum akhir. |
initial absorption | penyerapan pemula pengawet | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Penyerapan pengawet oleh kayu pada peringkat penghangatan dan pengenaan vakum, dan termasuk juga penyerapan yang berlaku semasa pengisian pengawet ke dalam silinder sebelum tekanan dikenakan. |
hot-cold treatment | rawatan panas-sejuk | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Proses pengawet dengan memasukkan kayu ke dalam larutan pengawet panas pada tempoh yang tertentu, dan kemudian memasukkannya pula ke dalam larutan pengawet yang lebih rendah dan suhunya. Rawatan ini menghasilkan keadaan separa vakum di dalam sel kayu, dan menyebabkan pengawet tersebut masuk ke dalamnya pada tekanan atmosfera. Sin: rawatan tangki terbuka. |
gross absorption of preservative | penyerapan kasar pengawet | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Penyerapan sejumlah pengawet ke dalam kayu semasa tekanan dikenakan. Jumlah ini termasuk juga penyerapan pemula pengawet ke dalam kayu. |
net dry salt retention | retensi bersih pengawet | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Berat purata pengawet kering bagi sdatu unit isipadu kayu selepas rawatan pengawetan menggunakan tekanan. Penahanan garam pengawet ini berubah-ubah mengikut keperluan penggunaan iaitu antara 5.6 kg/m3 untuk kegunaan dalaman hingga 24 kg/m3 untuk kegunaan persekitaran laut. |
storage tank | tangki penyimpan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Tangki yang digunakan untuk menyimpan pengawet atau larutan pengawet yang telah dicampurkan. |
extraction | pengekstrakan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Proses mendapatkan sampel pengawet daripada kayu yang diawet dengan menggunakan pengawet seperti krerosot. Bahan yang digunakan untuk pengekstrakan kreosot termasuk toluena, benzena, dan klorofom. Jumlah pengawet yang diekstrak daripada kayu sering dinyatakan dalam kg/m3 atau lb/ka3. |