systole | sistole | Gerontologi | Tiada | Jangka masa pengecutan, biasanya pengecutan ventrikel jantung yang mengepam darah keluar ke peredaran darah. Banding diastole. |
systole | sistola | Farmasi | Tiada | Jangka masa pengecutan, biasanya merujuk kepada pengecutan ventrikel jantung. |
contraction loss coefficient | pekali kehilangan pengecutan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kehilangan tenaga melalui geseran kerana pengecutan sesuatu pengaliran akibat penurunan luas keratan rentas saluran secara mendadak. Kehilangan tenaga ini dijelaskan dalam unit turus sebagai dengan hfe = turus pengecutan (m), u2 = halaju hilir aliran (m/s), gc = 1 kg m/N g2. Ke ialah pekali kehilangan pengecutan yang diberikan sebagai Ke = 0.4 [ 1 � S2/S1], dengan S2 = luas keratan rentas hulu aliran (m2), S1 = luas keratan rentas hilir aliran (m2). |
contraction joint | sambungan pengecutan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Sambungan yang terdapat pada papak konkrit yang membenarkan pengecutan konkrit terjadi tanpa mengakibatkan sebarang keretakan pada struktur tersebut apabila pengecutan berlaku. |
heart beat | degupan jantung | Veterinar | Praklinikal | Denyutan yang dapat dirasai terhasil daripada pengembangan dan pengecutan arteri; mengikuti rentak pengecutan otot ventrikel jantung. |
similar forms | bentuk serupa | Matematik | Tiada | Bentuk yang terhasil daripada bentuk tertentu melalui pembesaran atau pengecutan. Lihat juga pembesaran, pengecutan. |
Lorentz-Fitzgerald contraction | pengecutan Lorentz-Fitzgerald | Fizik | Mekanik | Pengecutan suatu jasad yang bergerak di dalam eter dalam arah gerakannya dengan nisbah (n = halaju jasad, c = halaju cahaya). Hipotesis ini dikemukakan oleh Fitgerald dalam tahun 1893 untuk mengambil kira keputusan sifar daripada eksperimen Michelson-Morley, dan digunakan juga untuk teori Lorentz bagi elektron dalam tahun 1895. Teori kerelatifan khas menghasilkan pengecutan yang sama, tetapi berasaskan gerakan relatif jasad dan pencerap, bukan pada gerakan jasad dalam eter. |
contraction | pengecutan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pengecutan: Proses yang melibatkan saiz sesuatu jasad menjadi lebih kecil.,2. Perbezaan di antara saiz akhir dengan saiz mula bagi jasad yang saiznya menjadi semakin kecil. |
drying shrinkage | pengecutan keringan | Kejuruteraan | Tiada | Pengecutan pada konkrit atau kayu akibat daripada kehilangan air atau kelembapan melalui pemeluwapan. |
drying shrinkage | pengecutan kering | Kejuruteraan | Tiada | Pengecutan yang berlaku pada kayu, konkrit atau lain-lain akibat kehilangan air atau kelembapan. |