audit bureau of circulations (A.B.C.) | biro audit pengedaran | Komunikasi | Tiada | Organisasi yang mengaudit jumlah pengedaran akhbar dan majalah. Perkhidmatan terpenting organisasi ini ialah menyediakan piawaian mutu pemberitaan dan jumlah pengedaran media cetak. Penubuhan organisasi ini ditaja oleh para penerbit. |
traditional directed economy | ekonomi terarah tradisional | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang menyelesaikan masalah pengeluaran dan pengedaran mengikut amalan tradisi, iaitu dengan menyerahkan proses pengeluaran dan pengedaran yang dilakukan oleh bapa kepada anak cucu secara warisan. Amalan ini sangat meluas di negara mundur dan di negara sedang membangun. Misalnya, di Malaysia, nelayan dan pembuat batik di Pantai Timur selalunya mewariskan pekerjaan mereka kepada anak masing-masing. |
paid circulation | edaran berbayar | Komunikasi | Korporat | Kaedah pengedaran bahan penerbitan kepada pengguna yang telah melakukan pembayaran lebih awal. Pengguna ini dikenali juga sebagai pelanggan. Tempoh masa langganan ditentukan oleh pelanggan berdasarkan sejumlah bayaran yang telah ditetapkan. Pengedaran bahan penerbitan ini akan dihentikan apabila tempoh langganan itu tamat. Jumlah bayaran yang dikeluarkan oleh pelanggan biasanya lebih rendah daripada bayaran biasa yang terdapat di gerai media cetak. |
distribution | pengedaran | Pentadbiran | Tiada | Salah satu adunan pemasaran yang menyediakan barangan atau perkhidmatan untuk pelanggan. |
sample distribution | edaran sampel | Komunikasi | Korporat | Kaedah memperkenalkan dan mempromosikan barangan kepada pengguna sasaran dengan mengedarkan sampel barangan dengan pelbagai cara. Antara cara tersebut adalah melalui pos edaran dari rumah ke rumah, dikedai, atau melalui kupon pengiklanan. Kaedah tersebut merupakan kaedah promosi yang murah dan mudah dikendalikan. Contohnya, pengedaran barangan kosmetik kepada kakitangan pejabat, pengedaran ubat baru kepada doktor, pengedaran syampu kepada pakar kecantikan, atau pengedaran buku teks contoh kepada guru dan pensyarah. Dari segi pengurusan, edaran sampel dilakukan oleh agensi tertentu dalam industri pengiklanan. Kaedah ini merupakan strategi promosi yang paling efektif bagi barangan baru kerana menawarkan percubaan percuma kepada pengguna dengan harapan mempengaruhi mereka supaya menjadi pengguna kekal. Sinonim fungsi sampel. |
overlapping circulation | pengedaran bertindan | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
serials circulation | pengedaran terbitan bersiri | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
serial circulation | pengedaran terbitan bersiri | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
circular routing | pengedaran keliling | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
brine circulation | pengedaran air garam | Geologi | Tiada | Tiada |