hot holding | pengekalan panas | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Proses mengekalkan makanan yang telah dimasak dalam keadaan panas pada suhu melebihi 63°C sebelum dan semasa dihidangkan kepada pengguna. Pengekalan panas ini boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah pemanasan bertingkat, kabinet panas atau plat panas. Makanan yang dimasak dan disimpan pada suhu kurang daripada 63°C hanya boleh bertahan sekitar dua jam. Namun, kaedah pengekalan panas membolehkan makanan yang dimasak dapat bertahan untuk tempoh masa yang lebih lama. Walau bagaimanapun, kualiti makanan akan semakin berkurangan selepas pengekalan panas dibiarkan untuk suatu tempoh masa tertentu. |
pressure maintenance | pengekalan tekanan | Kejuruteraan | Tiada | Pengekalan tekanan gas di dalam takungan oleh pacuan air giat, pancitan air, pancitan gas atau gabungannya. |
over retention of primary teeth | pengekalan gigi primer | Pergigian | Tiada | Fenomena pengekalan gigi desidus di arkus melewati tarikh pengeksfoliatan. Biasanya gigi desidus akan tanggal secara berperingkat mengikut umur apabila kanak-kanak membesar. Gigi desidus akan kekal jika tiada gigi kekal penggantinya atau terdapat halangan pada haluan erupsi gigi kekal pengganti gigi tersebut. Fenomena ini boleh menyebabkan kecacatan daripada segi estetik jika gigi tersebut adalah gigi anterior kerana lebih kecil daripada gigi kekal. |
commercial retention rate | kadar pengekalan perniagaan | Komunikasi | Korporat | Tahap hubungan akrab antara pelanggan dengan peniaga. Sesebuah organisasi atau syarikat akan berusaha mengekalkan hubungan perniagaan antara pelanggan dengan peniaga secara berterusan bagi meningkatkan tahap pengekalan dan kesetiaan pelanggan kepada sesebuah organisasi perniagaan. Usaha ini boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah dalam komunikasi korporat. Contohnya, mewujudkan kad keahlian, memberikan tawaran istimewa kepada ahli, menyediakan kaunter khas perkhidmatan pelanggan untuk ahli, dan mengekalkan komunikasi mesra pelanggan. |
cycling Markov process | proses Markov berkitar | Pentadbiran | Tiada | Matriks peralihan Markov yang bernilai sifar dalam sel-sel pengekalan dan bernilai satu dalam sel-sel bukan pengekalan. |
perpetuation | pengekalan | Veterinar | Tiada | Tiada |
loading dose | dos muatan | Farmasi | Farmakologi | Dos permulaan sesuatu drug yang diberi dalam kuantiti yang tinggi untuk. mencapai aras terapeutik yang dikehendaki dengan cepat.Ini diikuti dengan pemberian dos pengekalan yang lebih rendah bagi memastikan kepekatan drug pada aras yang dikehendaki. Kuantiti dos pengekalan ditentukan oleh kadar penyingkiran drug daripada tubub. Contohnya, penggunaan dos muatan fenitoin mencapai aras terapeutiknya dalam tempoh beberapa minit berbanding dos biasa yang memerlukan beberapa hari semasa rawatan sawan akut. Hanya drug tertentu dan dalam keadaan tertentu yang memerlukan dos muatan. Sinonim dos awal. |
price maintenance | pengekalan harga | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
preservation | pengawetan; pengekalan; pemuliharaan | Komunikasi | Tiada | Tiada |
preservation | pengawetan; pengekalan; pemuliharaan | Perubatan | Tiada | Tiada |