constrainting | pengekangan | Mekanik | Gunaan | Proses pembatasan gerakan pada suatu arah tertentu. |
animal restrain | pengekangan haiwan | Veterinar | Tiada | Tiada |
cordon pricing | skim pelesenan kawasan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Sistem pengekangan trafik yang kadar bayaran tertentu dikenakan terhadap kenderaan berpenumpang rendah untuk masuk ke dalam kawasan tertentu. Sinonim: area licensing scheme. |
area licensing scheme | skim pelesenan kawasan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Sistem pengekangan trafik yang kadar bayaran tertentu dikenakan terhadap kenderaan berpenumpang rendah untuk masuk ke dalam kawasan tertentu. |
constrain | kekang | Mekanik | Gunaan | Membataskan gerakan, iaitu menetapkan sesuatu jasad pada kedudukan tertentu ataupun pada laluan gerakan yang tertentu. Perbuatan mengekang ini menghalang semua ragam gerakan kecuali yang menjadi objek pengekangan itu. Dalam beberapa kes, kekang memberi kesan penghalangan gerakan sepenuhnya. Perhatikan bahawa makna ‘kekang’ berbeza dengan’halang’ yang bermaksud ‘membenarkan semua ragam gerakan kecuali yang menjadi objek penghalangan itu’ Lihat juga gerakan terkekang, gerakan tak terkekang, halang. |
constrained motion | gerakan terkekang | Mekanik | Gunaan | Gerakan yang terbatas pada laluan tertentu. Laluan yang diiukuti oleh jasad yang mengalami gerakan terkekang ditentukan oleh pembatasan fizikal dan bukan ditentukan semata-mata oleh gerakan permulaan jasad itu dan daya dari punca luar yang dikenakan padanya (seperti kes gerakan tak terkekang). pengekangan memaksa sesuatu hubungan kinematik yang tertentu di antara pecutan pusat jisim jasad itu dengan pecutan sudutnya sedangkan bagi jasad yang mengalami gerakan tak terkekang, pecutan-pecutan tersebut tak bersandaran di antara satu dengan yang lain dan ditentukan secara berasingan. Pada umumnya, analisis masalah kinetik gerakan terkekang perlu didahului oleh analisis kinematik yang menghubungkan pecutan linear pusat jisimnya dan pecutan sudut; selepas itu barulah persamaan gerakan umum dapat diselesaikan. |