Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngem.ba.ngan] | ڤڠمبڠن

Definisi : 1. perihal mengembang (men­jadi lebih besar, panjang, terbentang, dsb): ~ dan penguncupan benda-benda yg dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita; ~ air (cecair, gas, pepejal, dll) perihal air (cecair, gas, pepejal, dll) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan); 2. perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengembangkan; ~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngem.ba.ngan] | ڤڠمبڠن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) mengembang atau mengembangkan: ~ ajaran agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka,
Berantonim dengan kuncup

2. Dalam konteks masakan
bersinonim dengan muai, bangkit, naik,
Berantonim dengan batat

Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
absolute expansionpengembangan mutlakKimiaTiadaPengembangan sebenar cecair yang diukur berdasarkan pengembangan cecair dan pengembangan bekas cecair yang tersebut.
cubical expansionpengembangan kubus; pengembangan kuasa tigaFizikTiadaTiada
apparent expansionpengembangan ketaraKimiaTiadaPengembangan yang hanya diukur berdasarkan pengembangan cecair dan tidak mengambil kira pengembangan bekas cecair tersebut.
expansion loss coefficientpekali kehilangan pengembanganKejuruteraanKejuruteraan KimiaKehilangan tenaga melalui geseran kerana pengembangan sesuatu pengaliran akibat peningkatan luas keratan rentas saluran secara mendadak. Kehilangan tenaga ini dijelaskan dalam unit turus sebagai hfe = Ke u12, dengan hfe = turus pengembangan (m), u1 = halaju hulu aliran (m/s). Ke ialah pekali kehilangan pengembangan yang diberikan sebagai Ke = [ 1 � S1/S2]2, dengan S1 = luas keratan rentas hulu aliran (m2), S2 = luas keratan rentas hilir aliran (m2).
bronchodilatationbronkodilatasiPerubatanFarmakologi

Keadaan pengembangan bronkus, iaitu saluran pernafasan yang membawa udara ke paru-paru. Pengembangan ini berlaku akibat daripada pengenduran otot licin bronkus atau peningkatan tekanan di dalam bronkus berbanding di luar. Pengembangan bronkus ini memudahkan perjalanan udara dari atmosfera ke paru-paru.

bimetallic thermometertermometer dwilogamFizikHabaTermometer yang bergantung pada pengembangan kepingan loyang dan besi yang dilekatkan bersama. Apabila dipanaskan, kepingan dwilogam ini akan membengkok kerana loyang mempunyai pekali pengembangan linear yang lebih tinggi daripada besi. Pengembangan ini direkodkan pada skala suhu.
adiabatic expansionpengembangan adiabatikFizikHabaPengembangan gas tanpa mengalami pembebasan dan kemasukan haba ke dalam gas tersebut.
free expansionpengembangan bebasFizikHabaPengembangan gas ke dalam bekas vakum.
isothermal expansionpengembangan isotermaFizikHabaPengembangan gas pada suhu malar.
adiabatic expansionpengembangan adiabatikPerubatanTiadaProses pengembangan gas secara adiabatik.
12345678910...

Kembali ke atas