Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ge.ra/] | ڤڠݢرق

Definisi : galakan (tenaga dll) utk menggerakkan, faktor (unsur, individu, dll) yg menggerakkan: jelas kpd kita bahawa Islam telah memainkan peranan yg penting sbg ~ kpd manusia utk mencapai kemajuan; Abdul Aziz H.M. seorang ~ teater. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ge.ra/] | ڤڠݢرق

Definisi : sesuatu yg menggerakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggerak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
telescopic cylindersilinder teleskopikKejuruteraanKejuruteraan MekanikPenggerak linear berbilang silinder yang tersusun di dalam sarang atau silinder paling besar. Penggerak akan keluar satu demi satu sehingga lejang lengkap. Penggerak ini memberikan lejang kerja yang panjang dan kerap digunakan pada ruang pemasangan yang terhad panjangnya. Penggerak ini banyak terdapat pada mesin dan jentera berat seperti kren hidraulik. Oleh sebab kos yang tinggi, penggunaan penggerak ini digantikan dengan gabungan antara silinder tindakan kembar dengan mekanisme struktur gunting.
regenerative circuitlitar jana semulaKejuruteraanKejuruteraan MekanikTalian sistem kuasa bendalir, iaitu hidraulik dan pneumatik yang membolehkan bendalir yang keluar dari penggerak dimasukkan semula ke paip hantaran pam. Talian jenis ini bertujuan menambah kadar aliran yang dibekalkan oleh pam kepada penggerak. Bendalir tidak dikembalikan ke tangki sehingga lengkapnya gerakan satu arah penggerak. Kesannya, penggerak berserta beban akan bergerak lebih laju dan penggunaan tenaga boleh dijimatkan. Talian ini banyak digunakan untuk sistem hidraulik yang digunakan pada jentera tugas berat seperti mesin tekan komponen automotif.
double acting cylindersilinder tindakan kembarKejuruteraanKejuruteraan MekanikPenggerak linear yang terdiri daripada omboh dan rod yang boleh bergerak di dalam silinder pada dua arah. Penggerak jenis ini dikawal arah pergerakannya oleh injap arah yang membolehkan daya bendalir bertekanan dikenakan pada muka omboh atau unsur boleh gerak yang terdapat di dalam penggerak pada dua arah gerakan. Penggerak ini boleh melakukan kerja pada arah gerak keluar dan arah gerak masuk rod. Penggerak ini banyak digunakan dalam sistem pneumatik dan hidraulik untuk jentera dan mesin industri pengilangan.
single acting cylindersilinder tindakan tunggalKejuruteraanKejuruteraan MekanikPenggerak linear yang terdiri daripada omboh dan rod yang membolehkan daya bendalir bertekanan dikenakan pada muka omboh atau unsur boleh gerak yang terdapat di dalam penggerak pada satu arah gerakan sahaja. Penggerak ini boleh melakukan kerja pada arah gerak keluar sahaja manakala gerak masuk rod dilaksanakan oleh pegas atau berat beban itu sendiri. Penggerak ini banyak digunakan dalam sistem pneumatik dan hidraulik untuk jentera dan mesin mudah dalam industri pengilangan.
liquid-level controllerpengawal aras cecairKejuruteraanPetroleumPeranti yang digunakan untuk mengawal aras cecair yang terdapat di dalam sesebuah tangki dengan menggunakan suis penggerak elektrik atau suis penggerak pneumatik untuk membuka dan menutup injap buang atau injap alur masuk supaya aras cecair di dalam tangki dapat dipertahankan untuk tetap berada pada aras yang telah ditentukan.
attitude actuatorpenggerak atitudAeroangkasaTiadaPenggerak yang digunakan untuk mengawal kedudukan pesawat.
double acting actuatorpenggerak dwitindakKejuruteraan Kapal TerbangTiadaPenggerak lelurus yang digerakkan pada kedua-dua arah oleh kuasa bendalir.
actuator pistonomboh penggerakKejuruteraan Kapal TerbangTiadaBahagian boleh gerak bagi penggerak linear hidraulik atau pneumatik.
hydraulic couplinggandingan hidraulikKejuruteraanPetroleumSambungan atau hubungan bendalir yang berlaku di antara penggerak asas dengan mesin yang dipacu oleh penggerak asas berkenaan. Pacuan tersebut dilakukan dengan mengalirkan bendalir yang akan menggerakkan bilah-bilah yang terdapat pada mesin sehingga mesin dapat beroperasi.
breath-actuated metered-dose inhalerpenyedut penggerak nafas dos terukurFarmasiFarmaseutikAlat yang mengandungi drug yang terlarut atau terampai dalam bahan dorong cecair. Alat ini mempunyai injap pengukur yang mengawal jumlah dos yang dilepaskan apabila penggerak diaktifkan melalui sedutan yang cukup kuat.
12345678910...

Kembali ke atas