hacking run | set penggodaman | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sesi pencerobohan dan penggodaman yang dilakukan ke atas sesebuah sasaran atau beberapa sasaran yang berterusan untuk suatu tempoh yang lebih lama dari tempoh penggodaman biasa. |
hacking | penggodaman | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbuatan menyerang prasarana pengkomputeran suatu sasaran dengan tujuan mengganggu pengendalian biasa. Perbuatan ini biasanya dilakukan oleh pengguna hasad seperti perekah, penggodam, penceroboh dan sebagainya, |
brainjacking | penggodaman otak | STEM | Tiada | Tiada |
account hacking | penggodaman akaun | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk jenayah siber yang melibatkan tindakan menceroboh dan mengeksploitasi akaun orang atau organisasi lain, bertujuan untuk mendapatkan keuntungan secara tidak sah. Tindakan ini termasuklah perbuatan menghapuskan dan mencuri maklumat akaun serta mencegah pemilik akaun tersebut daripada mengakses akaunnya sendiri. |
biological hacking | penggodaman biologi | Biologi | Tiada | Uji kaji biologi (menggunakan teknologi seperti pengubahsuaian genetik, dadah, atau implan) yang dilakukan oleh individu atau kumpulan yang bekerja di luar persekitaran penyelidikan perubatan atau perubatan tradisional untuk meningkatkan kualiti atau keupayaan organisma hidup. Sinonim biohacking. |
TTY watcher | pengamat TTY | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian penggodaman yang membenarkan sesiapa sahaja memerhatikan kandungan skrin dan seterusnya merampas kawalan pada sebarang terminal atau komputer luar. |
cyber hacktivism | aktivisme godam siber | Teknologi Maklumat | Tiada | Tindakan penggodaman ruang siber yang bermotif politik atau sosial yang biasanya dituju kepada sistem komputer atau laman web kerajaan atau organisasi. |
hacktivism | aktiviti penggodam | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbuatan menggunakan teknik penggodaman untuk menyerang prasarana pengkomputeran suatu sasaran. Perbuatan ini bertujuan untuk mengganggu operasi biasa tetapi tidak merosakkan sistem perisian atau merosakkan data dengan teruk. Aktiviti ini difikirkan boleh menarik perhatian masyarakat terhadap pendapat dan pandangan ahli godam yang mungkin kerap kali tidak diendahkan dan dipedulikan oleh sesebuah organisasi, industri atau badan kerajaan. |
hacktivist | ahli godam | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Individu yang menggunakan teknik penggodaman untuk menyerang suatu sistem komputer sasaran sebagai tindak balas kepada sesuatu keadaan semasa, seperti keadaan politik atau masyarakat dan media massa terhadap pandangannya berkenaan keadaan atau kejadian tersebut. |
phone-hacker (phracker) | penggodam fon (fraker) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Pengguna hasad yang menyalahgunakan prasarana rangkaian telefon dengan kemahiran penggodaman komputer. Lihat juga pemfrik. |