Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gu.na.an] | ڤڠݢوناءن

Definisi : 1. perihal (perbuatan, kegiatan, dll) menggunakan sesuatu: ~ kata itu tidak sesuai dgn ayat ini; 2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gu.na.an] | ڤڠݢوناءن

Definisi : perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu: ~ kayu-kayan makin bertambah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggunaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
back-to-backpenggunaan bilik berturut-turutPentadbiran PerniagaanTiadaPenggunaan bilik berturut-turut: Penggunaan bilik yang baru dikosongkan oleh tetamu, yang belum sempat dibersihkan, terpaksa dikemas terlebih dahulu oleh tukang kemas bilik untuk dipenuhi oleh tetamu lain terutama ketika banyak tempahan pada musim perayaan.
resource utilizationpenggunaan sumberGeografiTiadaPenggunaan sumber bagi tujuan pembangunan ekonomi seperti penggunaan arang batu di dalam industri besi dan keluli dan sumber manusia di dalam industri ringan.
indicationindikasiPerubatanTiadaPenyakit atau keadaan yang menyebabkan ubat tertentu perlu digunakan. Umpamanya jangkitan bakteria merupakan indikasi penggunaan antibiotik dan demam merupakan indikasi penggunaan Paracetamol. Tanpa indikasi penggunaan ubat yang betul, pesakit akan terdedah kepada ubat yang tidak berguna yang mungkin mendatangkan kesan sampingan yang bahaya.
ibahahibahah/keizinanPerniagaan IslamTiadaKebenaran yang diberikan oleh syarak atau pemilik barangan kepada individu untuk menikmati atau menggunakan kemudahan. Kebenaran ini bukan bertujuan untuk pemilikan tetapi hanya untuk penggunaan. Contohnya, penggunaan jalan raya, tali air atau padang rumput.
asset utilizationpenggunaan asetEkonomiEkonomi IslamKebolehan aset menjana perolehan. Penggunaan aset ini diukur melalui nisbah jumlah perolehan atau pendapatan kasar kepada jumlah aset purata. Pengukuran ini boleh digunakan untuk mengukur prestasi kewangan institusi kewangan Islam. Nisbah yang tinggi menunjukkan penggunaan aset yang cekap.
requisition noticenotis permintaanSosiologiTiada2. Notis Permintaan: Notis yang dikemukakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan ke atas pemilik tanah supaya menghentikan penggunaan atau mengubah suai penggunaan tanah dan bangunan.
application layerlapisan aplikasiTeknologi MaklumatTiadaLapisan ketujuh model OSI bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini bertindak untuk memberikan sokongan langsung kepada proses penggunaan dan atur cara penggunaan daripada pengguna. Lapisan ini juga menguruskan sambungan atur cara tersebut dengan bahantara perhubungan.
instrumentationpengalatanPergigianTiadaPenggunaan alat yang berkaitan dengan rawatan pergigian. Alat yang digunakan ini terdiri daripada alat tangan dan/atau alat berputar. Alat ini juga mungkin spesifik untuk rawatan pergigian yang tertentu, misalnya penggunaan kikir dalam rawatan endodontik dan penggunaan forsep dalam cabutan gigi.
applicationpermohonan; penggunaan; pemakaian; aplikasiMatematikTiadaPenggunaan proses bagi sesuatu yang telah diketahui teorinya.
legitimate usepenggunaan sahTeknologi MaklumatTiadaPenggunaan sistem komputer dengan cara yang betul .
12345678910...

Kembali ke atas