Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ha.ra.man] | ڤڠحرامن

Definisi : tindakan atau ketetapan me­ng­­haramkan (melarang, menegah, menolak), pelarangan, penegahan: ~ minuman keras adalah atas sebab-sebab moral dan kesi­hatan; beberapa buah negara men­cadang­kan ~ senjata-senjata atom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ha.ra.man] | ڤڠحرامن

Definisi : perbuatan atau hal mengharamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haram
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan ditegah
( dilarang, dicegah, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sungguh-sungguh, betul-betul, beriya-iya, benar-benar, sedikit pun, langsung,
(kata tugas:)

Kata Terbitan : mengharamkan, pengharaman,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Intermediate Nuclear Force TreatyPerjanjian Nuklear Jarak PertengahanSains PolitikHubungan AntarabangsaPerjanjian yang ditandatangani pada tahun 1987 untuk menghapuskan U.S. Pershing II milik Amerika Syarikat dan Soviet SS-20 Missiles milik Kesatuan Soviet. Pengharaman penggunaan kedua-dua senjata tersebut merupakan usaha yang dilakukan untuk menghapuskan senjata tertentu yang biasanya dimiliki oleh kuasa besar untuk mengelakkan perang nuklear. Sinonim INF.
jus cogensjus cogensUndang-undangUndang-undang AntarabangsaNorma undang-undang antarabangsa yang mesti dipatuhi oleh keseluruhan masyarakat antarabangsa tanpa sebarang penjejasan. Jus cogens terbentuk daripada undang-undang adat antarabangsa yang merupakan salah satu sumber undang-undang antarabangsa. Dari segi hierarki sumber undang-undang antarabangsa, jus cogens berada di tempat teratas. Sekiranya jus cogens bercanggah dengan sumber undang-undang antarabangsa yang lain, maka jus cogens yang akan terpakai. Malah, sebuah triti yang melanggar jus cogens akan menjadi tidak sah. Contohnya, jika sebuah triti antara dua negara yang bertikai tentang hak milik sebuah pulau memperuntukkan bahawa pihak yang menang antara mereka dalam peperangan akan memperoleh hak milik terhadap pulau tersebut, maka triti itu dianggap tidak sah kerana bertentangan dengan norma larangan penggunaan kekerasan. Selain daripada larangan penggunaan kekerasan, contoh lain jus cogens ialah pengharaman perhambaan dan pengharaman genosid. Sinonim norma muktamad.
pacific settlement of disputespenyelesaian pertelingkahan secara damaiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPersetujuan untuk tidak menggunakan cara paksaan dan kekerasan dalam menyelesaikan konflik antara negara yang bersengketa. Langkah menggalakkan negara menyelesaikan pertelingkahan secara damai merupakan sebahagian daripada prinsip utama Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Langkah ini berkait rapat dengan pengharaman penggunaan kekerasan yang disebut secara jelas dalam piagam tersebut. Antara jenis penyelesaian yang termaktub dalam piagam tersebut termasuklah rundingan, siasatan, perdamaian, pengantaraan, timbang tara dan penyelesaian kehakiman. Walau bagaimanapun, jenis penyelesaian pertelingkahan ini boleh dibahagikan kepada dua kaedah utama, iaitu kaedah diplomatik dan kaedah perundangan. Kaedah diplomatik tidak menghasilkan keputusan yang mengikat, manakala kategori perundangan menghasilkan keputusan yang mengikat. Antara jenis penyelesaian pertelingkahan secara damai tersebut, hanya timbang tara dan penyelesaian kehakiman yang mempunyai ciri kaedah perundangan. Jenis penyelesaian per

Kembali ke atas