dichromatism | dwikromatisme | Fizik | Optik | Buta warna separa yang dialami oleh seseorang penghidap yang penglihatannya berdasarkan kepada hanya dua warna primer dan bukannya tiga warna sebagaimana kebiasaannya. |
Bloom syndrome | sindrom Bloom | Biologi | Genetik | Kekerdilan yang diwarisi melalui gen autosom resesif. Penghidap sindrom ini menunjukkan kekurangan keimunan dan kepekaan terhadap cahaya matahari. |
Rauscher leukaemia virus | virus leukemia Rauscher | Biologi | Genetik | Retrovirus yang dipencilkan daripada plasma tikus penghidap leukemia. |
waterborne pathogen | patogen bawaan air | Kejuruteraan | Tiada | Patogen merangkumi virus, bakteria, protozoa, dan helmin yang dilepaskan oleh penghidap penyakit dan berjangkit melalui air. |
hyperglycaemia | hiperglisemia | Perubatan | Tiada | Kehadiran glukosa yang terlalu tinggi dalam darah melebihi tahap normal. Keadaan ini biasa terjadi pada penghidap diabetis melitus. Tahap glukosa yang normal adalah antara 3.5 – 6.7 mmol/L. |
American Society of Anaesthesiologists Classification | Klasifikasi Persatuan Anestesiologi Amerika | Perubatan | Tiada | Sistem klasifikasi fizikal pesakit sebelum pembiusan. Sistem ini mengkategorikan pesakit mengikut tahap kesihatan, iaitu Kelas I hingga V. Pesakit Kelas I ialah pesakit yang sihat, manakala pesakit Kelas II ialah penghidap penyakit yang terkawal seperti asma, kencing manis dan hipertensi. Pesakit Kelas III pula merupakan penghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa semasa pembiusan dan pembedahan. Pesakit Kelas IV merupakan pesakit tenat yang mengancam nyawa. Pesakit Kelas V ialah pesakit yang nazak dan boleh mati dengan atau tanpa pembedahan. Huruf ‘E’ akan ditambah selepas Kelas I hingga V sekiranya pesakit menjalani pembedahan kecemasan. Contohnya, ASA IV-E bermakna pesakit menghidap penyakit tenat yang mengancam nyawa dan akan menjalani pembedahan kecemasan. |
depression | kemurungan | Psikologi | Psikologi Umum | Perasaan yang dalam keadaan normal membuatkan individu merasakan dirinya serba kekurangan, tidak aktif dalam kehidupan seharian dan terlalu pesimistik terhadap masa hadapan. Dalam kes patologi, penghidap kemurungan langsung tidak memberikan tindak balas terhadap sebarang rangsangan, mengalami susut nilai diri yang teramat, delusi kekurangan diri dan putus harapan. Sinonim depresi. |
negative symptom | simptom negatif | Psikologi | Psikologi Umum | Simptom yang ditunjukkan melalui kehilangan sifat normal manusia yang dicirikan sebagai kehilangan emosi, lemah dalam pertuturan, kegagalan untuk merasai keseronokan dan kekurangan motivasi. Contohnya, simptom pada penghidap skizofrenia biasanya akan memperlihatkan defisit dalam interaksi sosial, ekspresi emosi dan pertuturan. Simptom ini boleh stabil dalam jangka waktu tertentu tetapi tidak responsif dengan penggunaan kebanyakan ubat atau terapi. |
alkalosis | alkalosis | Biologi | Ekologi | Keadaan apabila pH darah meningkat sangat tinggi. Keadaan ini disebabkan oleh pengeluaran karbon dioksida yang sangat cepat melalui proses hiperventilasi. Keadaan ini menjadi lebih teruk akibat pencermaran udara, terutama kepada penghidap penyakit pernafasan. |
hallucination | halusinasi | Psikologi | Psikologi Umum | Pengalaman rekaan individu yang mengakui telah melihat, mendengar atau merasai sesuatu objek atau peristiwa yang tidak wujud secara nyata. Contohnya, individu mengakui telah mendengar suara-suara yang menyuruh melakukan sesuatu sedangkan orang lain di sekelilingnya tidak dapat mengesahkan hal tersebut. Halusinasi psikotik yang paling banyak dialami oleh individu ialah halusinasi pendengaran. Kadangkala, wujud suara arahan yang menyuruh individu mencederakan dirinya sendiri. Terdapat juga individu yang mengadu tentang serangga sedang merayap di bawah kulitnya. Selain itu, penghidap halusinasi juga boleh berasa seperti dibiuskan, disakiti atau disejukkan secara melampau. |