primary instant centre | pusat ketika utama | Mekanik | Gunaan | Semua pusat ketika yang boleh dikenal pasti melalui pemeriksaan semata-mata. Pusat ketika utama adalah seperti yang berikut: pusat ketika untuk penghubung-penghubung tersambung oleh cemat; pusat ketika bagi jasad yang menggelangsar; pusat ketika bagi jasad yang berguling; dan pusat ketika bagi mekanisme yang mengalami sentuhan langsung sama ada sentuhan gelangsar atau sentuhan guling. Lihat juga pusat ketika. |
braided loop connector | penghubung gelung beranyam | Perikanan | Tiada | Tali penghubung yang dibentuk daripada wayar logam, yang hujungnya dianyam pada badan wayar untuk membentuk satu gelung. Tali penghubung ini digunakan untuk menyambung tali utama dengan tali perambut kail. |
bar connector | penghubung bar | Perubatan | Tiada | Penghubung dentur separa boleh tanggal berbentuk bar. |
fibrous connective tissue | tisu penghubung gentian | Biologi | Histologi dan Sitologi | Tisu penghubung yang terdiri daripada gentian. tisu perantara gentian. |
ectomesenchyme | ektomesenkim | Perubatan | Tiada | Tisu penghubung embrio yang berasal dari mesoderma dan sedikit ektoderma, menghasilkan tisu penghubung dan saluran limfatik dan darah. |
connective tissues | tisu penghubung | Bioteknologi | Tiada | Tisu haiwan yang berkembang daripada mesoderma. Tisu ini mempunyai matriks antara sel yang tidak hidup, serabut penghubung, dan penyokong bagi tisu-tisu lain termasuk tisu areola, tulang, rawan, atau darah. |
watt governor | pengawal imbang watt | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Sepasang penghubung yang dipangsikan pada sebatang spindel tegak berhujungkan bebola besi. Di titik tengah penghubung, terdapat satu lengan pendek yang disambungkan ke enjin untuk mengawal injap pendikit. Laju putaran aci yang berubah-ubah bergantung pada beban yang dijadikan parameter, yang dideria oleh alat ini. Alat ini digunakan untuk mengawal kadar aliran bahan api pada enjin dan bendalir kerja seperti air dan stim pada turbin. |
histiocyte | histiosit | Bioteknologi | Tiada | Sel fagosit dalam tisu penghubung yang tidak mempunyai bentuk tetap dan bergerak seperti ameba. Sel ini mengikat makrofaj dalam tisu penghubung dan aktif semasa dalam keadaan keradangan, serta berkumpul di tapak-tapak tisu yang mengalami kerosakan. |
fibroblast | fibroblas | Bioteknologi | Tiada | Sel yang terdapat di dalam tisu penghubung, yang merembeskan pelopor kolagen (tropokolagen) dan mukopolisakarida yang membina bahan asas tisu penghubung. Tropokolagen kemudiannya dipolimerkan menjadi serabut kolagen. |
Grashof’s law | hukum Grashof | Mekanik | Gunaan | Hukum yang menyatakan bahawa, untuk rangkain satah empat anggota, hasil tambah bagi panjang penghubung yang paling pendek dan paling panjang tidak boleh melebihi hasil tambah panjang penghubung yang dua lagi jika putaran nisbi yang berterusan di antara dua anggota yang dikehendaki. Hukum ini memastikan bahawa salah satu anggota yang berkenaan, terutamanya yang terpendek, akan berputar secara berterusan nisbi terhadap penghubung yang tiga lagi. |