Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hu.ja.han] | ڤڠحجهن

Definisi : perihal memberikan hujah ten­tang (sesuatu), pengemukaan pendapat berserta alasan tentang sesuatu: keupayaan menurunkan fikiran dan perasaan ke dlm bentuk tulisan dan ~ sesuatu persoalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hujah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan alasan, pandangan, bukti, dalil, pendapat, kewajaran, kerasionalan;,
Kata Terbitan : berhujah, menghujahkan, hujahan, penghujahan, penghujah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bounded rationalityrasionaliti terikatPentadbiranPentadbiran Awam

Penghujahan atau penaakulan individu yang masih terbatas sebagai manusia biasa. Walaupun manusia selalu dikaitkan dengan memiliki daya fikir yang tinggi dan kebolehan berfikir secara rasional, namun keupayaan mereka masih terhad untuk memikirkan pelbagai perkara secara menyeluruh dan tuntas. Sarjana pentadbiran awam, Herbert Simon mengeluarkan idea bahawa rasionaliti manusia sebenarnya terikat atau terbatas dan mencabar bahawa konsep pilihan rasional itu masih mempunyai banyak kelemahannya. Menurutnya, manusia masih mempunyai unsur tidak rasional dan emosional dalam melakukan sesuatu atau membuat keputusan.

philosophyfalsafahPendidikanTiadaKajian tentang bentuk pemikiran dan penghujahan yang menjadi asas pengetahuan kepada pelbagai bidang ilmu. Kajian ini juga merupakan suatu usaha kritis untuk mengkaji konsep dan membina teori dalam pelbagai disiplin ilmu seperti pendidikan, matematik, politik, ekonomi, dan sebagainya.
antithesisantitesisKesusasteraanTiadaIdea yang berlawanan maknanya dan terhasil melalui pertentangan atau makna yang ketara perbezaannya. Dalam bidang retorika, antitesis terhasil melalui pemakaian bahasa yang menggunakan sintaksis yang selari untuk mengimbangkan idea yang bertentangan. Dalam bidang penghujahan, antitesis ialah pernyataan dari sudut pandangan yang bertentangan. Dalam bidang puisi, penyair kerap menggunakan antitesis untuk memaparkan kebolehan berjenaka secara pintar. Lihat juga al-mutabaqah.

Kembali ke atas