Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngiÖ.lan]/[pe.ngik.lan] | ڤڠيعلان

Definisi : orang (syarikat, media massa, dll) yg mengiklankan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngiÖ.lan]/[pe.ngik.lan] | ڤڠيعلان

Definisi : badan (syarikat, orang dsb) yg mengiklankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengiklan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rangkaian disokong pengiklanadvertiser supported networkKomunikasiTiadaRangkaian media yang mendapat sokongan daripada pengiklan sama ada melalui kaedah penajaan atau penyiaran iklan biasa.
spot programmingrancangan tumpuanKomunikasiKorporatProses pengiklan mendapatkan hak pengiklanan dalam rancangan yang mendapat perhatian khalayak. Proses ini juga dirujuk sebagai penetapan hak terhadap sesuatu tempoh siaran radio, televisyen, atau filem yang telah ditentukan oleh agensi pengiklanan. Pengiklan mungkin menguasai kesemua masa iklan dalam tempoh rancangan disiarkan atau memiliki separuh hak masa siaran. Selain itu, pengiklan juga boleh mendapatkan hak siaran bagi rancangan di sesuatu kawasan liputan. Pengiklan dapat menyesuaikan kedudukan masa penyiaran iklan dan mesejnya dengan kandungan rancangan dengan memiliki hak terhadap rancangan atau tempoh siaran.
alternate sponsorshippenaja selangKomunikasiTiadaPihak pengiklan atau penaja yang berkongsi dengan penaja atau pengiklan lain untuk membiayai kos masa penyiaran sesuatu rancangan.
preferred positionletak istimewaKomunikasiKorporatBahagian atau ruang dalam media cetak yang menjadi pilihan utama pihak pengiklan untuk mengiklankan barangan atau perkhidmatan. Kedudukan iklan ini perlu ditempah dan dibayar lebih awal bagi memastikan ruang tersebut diperoleh. Tujuan pembayaran lebih awal adalah untuk membolehkan pengiklan menentukan halaman dan bahagian tertentu dalam sesuatu halaman penerbitan. Pemilihan ini hanya dilakukan setelah pengiklan bersetuju membayar kos ruang melebihi 10% hingga 50% daripada kadar biasa. Matlamat utama pemilihan ini dibuat adalah untuk memastikan iklan yang disiarkan dapat menjangkau khalayak yang disasarkan. Contohnya, pengiklan menempah kedudukan iklan untuk barangan sukan di halaman sukan dalam sesebuah akhbar. Sinonim kedudukan penuh.
client contacthubungan pelangganKomunikasiTiadaHubungan baik yang terbentuk antara pelanggan dengan pengiklan supaya pelanggan mengekalkan hubungan niaga dengan syarikat pengiklan.
trade-out syndicationsindiket pawahanKomunikasiKorporatKaedah penyiaran rancangan televisyen atau radio yang memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak, iaitu pengiklan dan stesen penyiaran. Melalui kaedah ini, pengiklan akan menawarkan rancangan televisyen atau radio yang dibiayai sepenuhnya oleh sesebuah syarikat atau organisasi yang dipersetujui oleh stesen penyiaran. Semasa penyiaran rancangan tersebut, syarikat yang membiayai penerbitan rancangan itu boleh menguasai sepenuhnya masa siaran dengan meletakkan iklan barangan atau perkhidmatan di ruang siaran yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Stesen penyiaran akan mendapat faedah melalui penawaran rancangan secara percuma. Selain itu, pihak syarikat diberi kebebasan untuk menghasilkan rancangan .mengikut keperluan penyiaran yang dijangka boleh memberikan keuntungan kepada mereka. Contohnya, penerbitan siri drama yang dibiayai sepenuhnya oleh syarikat pengeluar minyak kelapa sawit. Syarikat pengeluar boleh menghasilkan drama yang menggunakan lokasi penggambaran di ladang kelapa sawit dengan tema kehidupan
user statustaraf penggunaKomunikasiKorporatKaedah mengkategorikan pengguna sasaran bagi pengiklanan sesuatu barangan. Jenis kategori pengguna diklasifikasikan sebagai pengguna tetap, pengguna pertama kali, pengguna baru, pengguna berpotensi, bekas pengguna, dan bukan pengguna. Fungsi pembahagian ini adalah untuk membantu pihak pengiklan mengenal pasti jenis khalayak sasaran yang sebenar bagi barangan yang hendak diiklankan. Dengan mengenali jenis khalayak sasaran berdasarkan pembahagian ini, membolehkan perancang pengiklanan menyusun strategi pengiklanannya bagi mencapai matlamat pengiklan. Contohnya, sekiranya pengiklan ingin menarik bekas pengguna barangan, maka strategi tertentu digunakan untuk menarik khalayak jenis ini. Maklumat mengenai taraf pengguna memudahkan pengiklan untuk menyusun strategi penguasaan khalayak.
mediamediaKomunikasiKorporatSaluran atau perantara yang digunakan oleh pengiklan untuk menyebarkan mesej kepada khalayak sasaran. Media boleh dikelompokkan kepada dua jenis utama, iaitu media masa dan media interaktif. Media massa mempunyai ciri yang berkemampuan untuk menghubungi pelbagai khalayak pada sesuatu masa dalam kadar segera dan serentak. Contoh media massa ialah radio, televisyen, filem, dan akhbar. Media interaktif pula mempunyai ciri bersifat langsung dan peribadi. Contohnya, laman web, Internet, dan komunikasi antara perseorangan. Sifat kedua-dua media berkenaan menjadi panduan kepada pengiklan untuk merancang strategi pengiklanan masing-masing. Strategi ini adalah untuk menentukan kesesuaian pengiklanan barangan dengan jenis saluran dan persembahan mesej. Bagi syarikat besar, pendekatan menggunakan kedua-dua media merupakan amalan biasa. Matlamatnya adalah untuk mencapai keberkesanan penyebaran mesej.
advertiserpengiklanPentadbiranTiadaTiada
advertiserpengiklanKomunikasiTiadaIndividu atau organisasi yang mengupah pakar iklan untuk membuat iklan dan disiarkan melalui media massa atau papan tanda bagi mempromosikan idea, barangan atau perkhidmatan.
1234567

Kembali ke atas