Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.kar.ya] | ڤڠکاريا

Definisi : orang yg berkarya atau meng­hasilkan karya: oleh sebab ~ dilahirkan dan didewasakan di celah pokok getah, sewajarnyalah pengkaryaan tidak meninggalkan tradisi kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.kar.ya] | ڤڠکاريا

Definisi : orang yg berkarya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karya (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerja: tugas

2. Bersinonim dengan ciptaan: gubahan, karangan, rekaan, reka cipta, buatan, kreativiti, nukilan cerpen, puisi, sajak, syair, gurindam, drama, novel, pantun, seloka, satir, hikayat, rubai, lukisan,

Kata Terbitan : berkarya, pengkarya,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
poetic licenselesen puitisKesusasteraanTiadaKebebasan yang diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya. Kebebasan yang dimaksudkan adalah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Pengkarya bebas menghasilkan karya mengikut acuan sendiri, sekalipun bertentangan dengan konsep karya penulis lain. Biasanya, lesen puitis lebih banyak melibatkan penyair daripada cerpenis dan novelis.
ascriptionwarisan berianKesenianTiadaMengenal pasti pengkarya dengan hanya meneliti ciri-ciri karyanya.
artistic choicespilihan artistikKesusasteraanTiadaPilihan pengkarya bersifat seni kreatif dalam menyampaikan makna.
colophonkolofonKesenianTiadaTanda yang mengandungi maklumat tentang pengkarya atau penerbit, terletak di hujung sesebuah buku atau lukisan.
phenomenonfenomenaKesenianDrama dan TeaterSuatu keadaan atau situasikaryaseni atau pengkarya yang menjadi terkenal disebabkan oleh ciri luar biasa yang ada padanya.
lyrical artseni lukis lirikalKesenianTiadaSeni lukis yang menyentuh emosi pengkarya secara mendalam.
intentional fallacysalah hujah hajatKesenianTiadaHujah yang salah dan mengelirukan antara hajat pengkarya dengan hasil karyanya.
plagiarismciplakKomunikasiTiadaPerbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan. Sebaliknya, mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. plagiarisme.
ambiguityambiguitiKesenianDrama dan TeaterPengucapan sesuatu idea dalam bahasa yang mempunyai lebih daripada satu makna dan meninggalkan kesan kesamaran dari segi maksud sebenar ekspresi yang terkandung dalamnya. Penggunaan gaya pengucapan ini boleh disengajakan oleh pengkarya atau pengucapnya. Contohnya, pengucapan oleh watak Adam, iaitu “aku adalah kau dan kau adalah aku” dalam drama Bukan Bunuh Diri, karya Dinsman.

Kembali ke atas