Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengkelasan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coral growth formbentuk pertumbuhan karangSains MarinTiadaPengkelasan organisma karang skleraktina atau karang keras yang dibuat berdasarkan bentuk dan struktur morfologinya. Pengkelasan ini terdiri daripada karang bercabang, karang masif, karang menjalar, karang submasif, karang folios, karang cendawan, karang milepora dan karang heliopora.
Plant classificationPengkelasan tumbuhanPertanianTiadaMeletakkan tumbuhan dalam kumpulan atau taxa yang merujuk kepada beberapa kategori mengikut aturan taksonomi contohnya setiap spesies dikelaskan dalam satu genus dan genus pula terletak dalam satu famili. Contohnya Labisia pumila. Genusnya ialah Labisia yang terletak dalam famili Myrsinaceae.
ordered classificationpengkelasan tertibPerhutananPengurusan HutanPengelasan mengikut aturan yang telah ditentukan.
categorykategoriSosiolinguistikTiadaPengkelasan nahu seperti nama, kata kerja, subjek, predikat, frasa nama, frasa kerja dan sebagainya.
cladisticskladistikBiologiGenetikPerihal kaedah pengkelasan yang melibatkan penggunaan ciri apomorfik untuk membina filogeni.
ABO blood groupkumpulan darah ABOBiologiGenetikSistem pengkelasan darah yang berasaskan kepada pengaglutinan sel darah merah apabila dicampurkan dengan darah dari kumpulan darah yang tidak bersesuaian.
false positivepositif palsuTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerRalat pengkelasan semasa pengesanan atau pengecaman oleh proses seperti sistem pengesanan pencerobohan. Ralat ini merupakan suatu keadaan sah, iaitu positif yang diperoleh akibat daripada ketidakjituan petua untuk dirujuk oleh proses tersebut. Keadaan tersebut sebenarnya adalah tidak sah, iaitu negatif.
macrobenthosmakrobentosSains MarinTiadaOrganisma bentik (bentos) yang bersaiz besar dan dapat dilihat dengan mata kasar. Dalam pengkelasan organisma bentik, terdapat makrobentos yang mempunyai saiz badan melebihi 500 mikrometer (kadangkala skala 1000 mikrometer digunakan). Banding meiobentos, mikrobentos.
HerbariumHerbariumPertanianTiadaTempat untuk menyimpan sampel bahagian-bahagian tumbuhan yang dikapit, dikeringkan dan dilekapkan dan disimpan mengikut sistem pengkelasan tertentu. Fungsinya adalah sebagai sumber rujukan, penyelidikan dan pendidikan. Contoh Herbarium di Malaysia adalah di FRIM, MARDI, UM, UKM dan UPM.
meiobentosmeiobentosSains MarinTiadaOrganisma bentik (bentos) yang mempunyai saiz badan lebih besar daripada mikrobentos, tetapi lebih kecil daripada makrobentos. Dalam pengkelasan organisma bentik, meiobentos mempunyai julat saiz di antara 63-500 mikrometer (kadangkala skala 10-1000 mikrometer digunakan). Banding makrobentos, mikrobentos.
12

Kembali ke atas