backhoe | pengorek-kaut | Pertanian | Tiada | Traktor yang dipasang dengan alat pengorek atau penggali di bahagian belakangnya dan alat pengaut di hadapannya. Pengorek-kaut biasanya digunakan untuk kerja-kerja menggali parit, mengorek lubang, menimbus tanah atau membawa barangan berat. Dalam sektor perladangan kelapa sawit misalnya, pengorek-kaut biasa digunakan untuk membersihkan kawasan ladang daripada tapak kawasan hutan, paya dan sebagainya. Ia juga turut digunakan bagi membuat lubang untuk penanaman anak pokok kelapa sawit, iaitu kira-kira 2 hingga 3 minggu sebelum proses penanaman. |
borer | pengorek | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Serangga yang mengorek dan/atau memakan kayu yang masih hidup dan yang telah diproses. Pengorek terdiri daripada peringkat dewasa atau larva. Contoh pengorek kayu yang utama ialah pengorek liang jejarum dan kumbang bubuk. |
marrow spoon | sudu pengorek | Perikanan | Tiada | Sudu panjang dan tipis yang boleh menembusi perut ikan yang mati bagi tujuan membuang isi kandungan perut. Sudu pengorek biasanya digunakan oleh pemancing untuk mengetahui jenis makanan yang dimakan oleh sesuatu ikan. |
bored well | perigi gerudi | Hidrogeologi | Tiada | Perigi yang digali dengan menggunakan pengorek tangan atau berjentera. Sebahagian besar tanah dinaikkan ke atas dengan pengorek. Garis pusatnya melebihi 2 inci dan dalamnya lebih dari 10 kaki. Ruj.: Meinzer 1923 |
pull shovel | sodok tarik | Kejuruteraan | Tiada | Pengorek yang dipasang dengan lengan berengsel tempat sebiji baldi dipasang secara tegar, yang ditarik ke arah mesin penggorek itu semasa operasinya. Sinonim: pengorek kaut. |
dragline excavator | pengorek tali seret | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Jentera yang mengandungi timba yang boleh diayun dan ditekan ke dalam tanah dengan menggunakan rantai jib. Selepas tanah atau bahan disodok, timba tersebut ditarik ke arah jentera pengorek dengan menggunakan tali rantai. |
backhoe | pengorek-kaut | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
corer | pengorek empulur | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pisau yang mempunyai mata khas untuk mengorek empulur epal, pear dan lai. |
compound dredger | pengorek majmuk | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
cutter dredger | pengorek pemotong | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |