Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.ba.han] | ڤڠوبهن

Definisi : perihal mengubah (mengubahkan), pengalihan, penukaran (kpd sesuatu yg lain): begitulah cara ~ politik dilakukan melalui tindakan yg negatif; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.ba.han] | ڤڠوبهن

Definisi : perbuatan (proses, cara dsb) mengubah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengubahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conversion factorfaktor pengubahanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNisbah antara hasil-hasil kayu seperti papan gergaji atau venir dibandingkan dengan kayu balak bulat, dan dinyatakan dalam peratus. Misalnya, faktor pengubahan 60 peratus bererti 100 m3 kayu balak yang menghasilkan 60 m3 papan gergaji.
metabolismmetabolismePerubatanTiadaJumlah keseluruhan perubahan kimia dan fizikal yang berlaku pada sel semua organisma hidup. Tindak balas metabolisme antaranya termasuklah pengubahan nutrein, perkumuhan bahan buangan, pengubahan tenaga, proses sintesis dan degradasi, dan semua fungsi lain organisma hidup. Tindak balas ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu anabolisme yang merangkumi tindak balas sintesis dan katabolisme yang merangkumi tindak balas degradasi.
data transformationpengubahan dataTeknologi MaklumatPerisianProses yang menggunakan beberapa siri peraturan dan fungsi untuk mengekstrak data daripada sumber kepada penerbitan data untuk tujuan pemuatan data. Proses ini merupakan bahagian kedua dalam kitaran ETL. Terdapat beberapa sumber data yang hanya memerlukan sedikit atau tiada langsung manipulasi data. Dalam kes lain, satu atau beberapa jenis pengubahan data diperlukan seperti penapisan, pengisihan dan penggabungan data daripada pelbagai sumber bagi memenuhi keperluan teknikal sistem sasaran.
transplantingpengubahanGeografiTiadaTiada
transplantingpengubahanPertanianTiadaTiada
transplantingpengubahanPertanianTiadaTiada
taghyirpengubahanPerniagaan IslamTiadaPerihal mengubah atau menukar harta sehingga berubah sifat dan faedah asal. Contohnya, dalam industri petrokimia, minyak mentah akan diproses menjadi petrol dan bahan kimia yang lain. Dalam industri pertanian, kelapa sawit diproses menjadi minyak masak, biodiesel dan marjerin.
alterationpengubahanPendidikanTiada

 Perubahan sesuatu benda atau hidupan daripada keadaan kualitatif kepada suatu keadaan kualitatif yang lain.

conversionpengubahanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses mengubah atau memotong balak menjadi hasil kayu. Misalnya, proses menggergaji untuk menghasilkan kayu gergaji atau proses mengupas untuk menghasilkan kepingan venir.
alterationperubahan; pengubahanFizikTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas