secondary burial jar | perkuburan tajau sekunder | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Penguburan kali kedua yang menggunakan tempayan tanah. Perkuburan tajau sekunder paling awal di Asia Tenggara ialah di Gua Niah (Sarawak) yang berusia sekitar 2000 SM. Tempayan tanah ini digunakan untuk tujuan pembakaran rangka mayat. Pada waktu yang sama terdapat juga lebih daripada seorang individu dikuburkan secara bersama-sama, tetapi ini jarang berlaku. Bekal pengebumian yang kerap ditemui pada perkuburan tajau sekunder ini ialah tembikar tanah dwimuncung, dipercayai digunakan untuk tujuan ritual semasa penguburan. Ketika Zaman Logam dan seterusnya, pembakaran mayat tidak dilakukan lagi, tetapi tempayan tanah diisi dengan tulang manusia sahaja. Bekal pengebumian yang kerap ditemui terdiri daripada beliung batu, objek logam, gangsa, pisau besi dan manik kaca. Perkembangan penguburan ini berakhir sekitar 1000 tahun di Sabah sementara di Sarawak sekitar zaman sejarah kerana pernah ditemui tempayan tembikar batu China yang menggantikan tempayan tanah tempatan. Antara tapak penemuan di Bukit Tengkorak, Pusu L |
extended burial | pengebumian memanjang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bentuk pengebumian mayat yang ditanam secara memanjang dan terdapat bekalan kubur seperti gelang batu, sisa tulang, binatang dan tembikar tanah yang diletakkan pada bahagian kaki dan kepala. Di sesetengah tempat terdapat mayat yang diletakkan batu sebagai alas kepala. Penguburan ini berkembang pada Zaman Neolitik di Asia Tenggara. Contohnya, penemuan di Gua Cha (Kelantan). Banding pengebumian melentur. |
sequence dating | pentarikhan urutan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah pentarikhan relatif yang digunakan dalam arkeologi, sejarah seni dan geologi. Pentarikhan ini berdasarkan perubahan tipologi artifak dan kedudukan stratigrafi tempat asal artifak dijumpai. Aritifak yang mempunyai ciri yang sama dikategorikan pada usia yang sama. Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Petrie semasa mengenal pasti penguburan zaman pradinasti Mesir. Masalah akan wujud sekiranya pelbagai artifak ditemui dalam kelompok yang sama. Oleh itu, pentarikhan hanya melibatkan abad tertentu sahaja. Contohnya artifak Hosbinh ditemui bercampur dengan artifak Neolitik, maka artifak tersebut dianggarkan berusia sekitar 500 hingga 1500 tahun dahulu. Sinonim pentarikhan jujukan. |
dugout canoe burial | pengebumian perahu batang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Sistem pengebumian yang melibatkan penggunaan kanu dan hanya ditemui di Pulau Kalumpang, Kuala Selinsing (Perak). Terdapat tiga pengebumian kanu ditapak ini yang disertai bekal pengebumian seperti manik kaca, pendayung, hiasan kepala dan tembikar tanah. Pengebumian kanu ini dianggarkan diamalkan sekitar 200 tahun SM. Pada waktu yang sama pengebumian ini diandaikan pertama kali diamalkan oleh masyarakat di petempatan ini sebelum penguburan biasa dilakukan. |
Ban Chiang culture | budaya Ban Chiang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Budaya utama peninggalan zaman prasejarah yang terletak di timur laut Thailand. Budaya ini berkembang sekitar 3600 SM-500 M. Budaya ini terkenal kerana mempunyai perkembangan pembuatan tembikar tanah, logam, tekstil dan penempatan secara berterusan. Pertanian dan penternakan telah wujud sekitar 4000 SM. Masyarakat zaman ini tinggal di rumah yang bertiang tinggi serta boleh menghasilkan tembikar tanah pelbagai bentuk, warna dan corak. Logam juga turut diperkenalkan oleh masyarakat zaman ini. Sistem penguburan pula telah menunjukkan terdapatnya lambang status sosial berdasarkan barangan pengebumian. |