fuel oil | minyak bahan api | Kejuruteraan | Petroleum | Cecair atau hasil petroleum yang boleh dicairkan yang dibakar untuk menghasilkan haba dalam tungku atau kotak bakar, atau untuk menghasilkan kuasa di dalam enjin, tidak termasuk minyak yang mempunyai takat kilat kurang daripada 100 darjah Fahrenheit (ditentukan dengan kaedah penguji tertutup tag) dan minyak yang dibakar dalam pembakar kapas atau pada sumbu lampu. Minyak bahan api dalam penggunaan biasa dapat dimasukkan ke dalam kelas:- 1) Minyak bahan api bakim iaitu minyak baki yang didapatkan daripada operasi penulenan. 2) Minyak bahan api sulingan, iaitu terbitan sulingan yang langsung atau tidak. |