waste management | pengurusan sisa; pengurusan najis | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
hospitality management | pengurusan ketamuan/ pengurusan hospitaliti | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
management ethics | etika pengurusan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Amalan yang menjadi tonggak pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi. Etika pengurusan biasanya dilihat dari aspek disiplin, budaya organisasi, pematuhan terhadap peraturan, kaedah kepimpinan yang diguna pakai, hubungan majikan dengan kakitangan, kebajikan dan keselamatan pekerja, serta matlamat dan wawasan organisasi. Pekeliling Perkhidmatan Awam, Kempen Kepimpinan Melalui Teladan, Tonggak 12 dan Penerapan Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam menjadi garis panduan kepada pembentukan etika pengurusan. Contohnya, kaedah pengambilan kakitangan baru yang berlandaskan keupayaan dan kelayakan seseorang individu dan bukannya berdasarkan kepentingan peribadi. |
agromanagement practices | amalan pengurusan pertanian | Pertanian | Agroteknologi | Sistem pengurusan pertanian yang boleh memberikan pulangan terbaik, selain dapat memelihara keadaan kawasan pertanian berkenaan. Bagi pengurusan tanaman contohnya, amalan ini termasuklah penggunaan varieti terpilih, penyediaan tanah yang sesuai dan waktu penanaman yang optimum. Amalan ini termasuk juga pengurusan rumpai, penyakit dan makhluk perosak, sistem pengairan, pembajaan, penuaian, dan pengurusan lepas tuai. Bagi pengurusan ternakan, amalan ini termasuk penggunaan baka yang sesuai, pemakanan yang baik, dan perumahan ternakan yang bersih. |
network management | pengurusan rangkaian | Teknologi Maklumat | Tiada | Fungsi yang melibatkan pengurusan rangkaian, seperti pengurusan tatarajah, pengenalan kerosakan dan pengumpulan perangkaan tentang aplikasi rangkaian. |
animal husbandary | penternakan | Veterinar | Tiada | Bidang ilmu yang merangkumi aspek-aspek seperti pembiakbakaan, pengurusan, perumahan, pemakanan, kesihatan, pengurusan sisa ladang dan penyembelihan. Pembiakbakaan melibatkan pengaturan strategi sistem pembiakan dan pemilihan ternakan. Aspek pengurusan pula melibatkan penjagaan, perumahan dan kebajikan haiwan serta pengurusan sisa ladang. Manakala pemakanan menekankan aspek seperti penyediaan padang ragut dan pemberian makanan. Aspek kesihatan pula melibatkan kawalan penyakit, pemberian ubat-ubatan dan program kesihatan kelompok. |
scientific management | pengurusan saintifik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah terperinci dalam teori pengurusan yang menentukan pembaharuan untuk mempertingkatkan produktiviti organisasi. Pengurusan saintifik dipercayai dapat mengubah cara berfikir ahli organisasi bukan sahaja untuk memantapkan kedudukan dan imej organisasi, tetapi secara tidak langsung dapat mempertingkatkan jati diri kakitangan organisasi tersebut. Pengurusan saintifik dipelopori oleh Frederick Winslow Taylor yang memberikan penekanan bahawa sebarang keputusan yang dilaksanakan adalah berasaskan kepada tradisi dan pengamalan pengurusan organisasi. Walau bagaimanapun, corak pengurusan yang baik sentiasa berteraskan kepada kebijaksanaan kakitangan dalam membuat keputusan yang berkait dengan kerja dan tanggungjawab. |
public management | pengurusan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perspektif pentadbiran kerajaan dalam mentadbir urus hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan awam. Pengurusan awam menjadi tonggak kepada keberkesanan corak pemerintahan kerajaan dengan pengamalan ciri-ciri pengurusan yang sistematik, strategik dan cemerlang. Konteks pengurusan awam biasanya banyak berpandukan kepada corak pengurusan sektor swasta. Walau bagaimanapun, kerajaan banyak menyerahkan tanggungjawab dan amanah menjaga kepentingan awam kepada badan-badan tertentu seperti agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan untuk memantapkan lagi sistem pengurusan awam. |
risk management | pengurusan risiko | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses pengurusan risiko bagi pembangunan sistem yang melibatkan penilaian risiko, pengenalpastian risiko, keutamaan dan analisis risiko, kawalan risiko, perancangan pengurusan risiko serta pemantauan dan resolusi risiko. Pengurusan ini bertujuan untuk memastikan sistem yang dibangunkan menepati spesifikasi perisian yang telah ditetapkan. |
CMIP/CMIS (common management information protocol/common management information services) | CMIP/CMIS (protokol maklumat pengurusan sepunya/perkhidmatan maklumat pengurusan sepunya) | Teknologi Maklumat | Tiada | Protokol antara muka atau antara muka perkhidmatan pengurusan rangkaian sistem terbuka saling sambung (OSI) yang dicipta dan dipiawaikan oleh Organisasi Piawaian Antarabangsa (ISO) bagi menguruskan rangkaian heterogen. |