water repellent preservative | pengawet pengusir air | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Larutan yang mengandungi bahan kimia dan bahan pengusir air yang dapat melndungi dan menyekat perubahan kandungan lembapan dan perubahan dimensi kayu. |
natural finish | kemasan asli | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kemasan lutsinar yang tidak mengubah warna dan ira asal kayu. Bahan kemasan asli boleh terdiri daripada bahan adangan, minyak, varnis, dan pengawet pengusir air. |
additive | penambah | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahan yang ditambah kepada campuran bahan mentah papan panel supaya kalis air, tahan serangan kulat dan serangga, dan lambat terbakar. Bahan ini tidak berfungsi sebagai bahan pengikat dan boleh terdiri daripada bahan pengawet, bahan pencegah api atau bahan pengusir air. Sin: aditif. 2. Bahan mentah bukan gentian yang ditambahkan semasa proses pembuatan kertas. Tiga jenis bahan yang biasa dicampurkan ialah bahan pengisi, bahan pensaizan dan bahan pewarna. Sin: aditif. |
makara | makara | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Gabungan tiga unsur haiwan yang digabungkan menjadi satu. Pertama, buaya yang mewakili hidupan antara dua alam, iaitu air dan darat. Kedua, ikan yang mewakili hidupan air dan ketiga, gajah yang mewakili hidupan darat. Makara di pahat pada bahagian pemegang tangga candi dan berperanan sebagai pengusir roh jahat. Contoh penemuan makara di Malaysia ialah di Melaka, yang berusia sekitar abad 11 M hingga 12 M. |