nursery | tapak semaian; tabika | Geografi | Tiada | Tapak semaian: Tempat yang menjual pokok atau benih pokok sebagai jualan langsung atau jualan kepada peniaga-peniaga borong. |
facility fee | fi kemudahan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Wang yang dibayar oleh broker, peniaga dan wakil peniaga setiap bulan kepada BSKL yang menyediakan kemudahan urus niaga. |
pre-agreed contract | kontrak ittifaq dimni | Ekonomi | Ekonomi Islam | Persefahaman awal yang wujud sebelum sesuatu akad dimeterai. Dalam persefahaman ini, sekumpulan peniaga membuat satu perjanjian lebih awal untuk menjual dan membeli semula aset dalam kalangan mereka pada harga tertentu. Dalam akad ini, peniaga utama yang mendapat tender bersetuju akan membeli aset yang dibida di pasaran dan kemudian, menjualnya semula kepada peniaga lain yang terlibat dalam perjanjian itu. Sekiranya terdapat lebih daripada seorang peniaga yang berjaya mendapatkan tender, mereka boleh membeli aset secara bersama dan menjadi rakan kongsi. Contohnya, dalam pembidaan bon Islam, beberapa peniaga utama boleh menjadi rakan kongsi untuk membeli aset tersebut mengikut peratusan masing-masing yang telah dipersetujui. Sinonim kontrak persefahaman awal. |
repurchase agreement | perjanjian beli semula | Pentadbiran | Tiada | Belian sekuriti perbendaharaan daripada peniaga sekuriti dengan perjanjian yang peniaga akan membelinya semula. |
tajir | saudagar/peniaga/pedagang | Perniagaan Islam | Tiada | Individu yang menjalankan aktiviti perniagaan sama ada secara runcit atau borong bagi barangan yang diharuskan dengan menggunakan kontrak yang sah. Contohnya, peniaga kedai runcit, pedagang import eksport barangan dan saudagar tekstil. |
commercial retention rate | kadar pengekalan perniagaan | Komunikasi | Korporat | Tahap hubungan akrab antara pelanggan dengan peniaga. Sesebuah organisasi atau syarikat akan berusaha mengekalkan hubungan perniagaan antara pelanggan dengan peniaga secara berterusan bagi meningkatkan tahap pengekalan dan kesetiaan pelanggan kepada sesebuah organisasi perniagaan. Usaha ini boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah dalam komunikasi korporat. Contohnya, mewujudkan kad keahlian, memberikan tawaran istimewa kepada ahli, menyediakan kaunter khas perkhidmatan pelanggan untuk ahli, dan mengekalkan komunikasi mesra pelanggan. |
road risk insurance | insurans risiko jalan raya | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans peniaga motor yang melindungi kenderaan di atas jalan raya atau semasa dalam perjalanan. Polisi ini tidak melindungi kenderaan di premis peniaga. |
principal dealer | peniaga utama | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
authorized dealer | peniaga berwenang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
exchange dealer | peniaga tukaran mata wang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |