program coverage | liputan rancangan | Komunikasi | Korporat | 1. Proses membuat liputan sesuatu acara di luar studio radio dan televisyen. Genre rancangan adalah pelbagai, iaitu daripada yang berbentuk bicarawara hingga ke genre hiburan dan liputan acara rasmi hal ehwal semasa. Contohnya, liputan rancangan di Malaysia ditentukan oleh beberapa faktor seperti peringkat kepentingan dan kerasmian sesuatu acara atau majlis yang berlangsung, ciri khalayak, serta waktu dan tempoh siaran. Bagi stesen swasta, liputan sesuatu rancangan dilakukan sekiranya memberikan pulangan yang tinggi kepada stesen berkenaan. 2. Jumlah isi rumah yang menerima sesuatu rancangan melalui satu atau lebih stesen. Hal ini disebabkan penilik radio atau televisyen berkenaan berada di kawasan yang dapat dicapai oleh liputan siaran rancangan tersebut. 3. Liputan kandungan sesuatu rancangan radio atau televisyen. Liputan ini merangkumi isi atau inti pati penting yang wujud dalam sesebuah rancangan yang boleh memberikan gambaran dengan jelas mengenai genre dan tema rancangan yang dapat memberikan kesan o |