double buffering | penimbalan ganda dua | Komputer | Tiada | Teknik perkakasan atau perisian bagi memindahkan data di antara komputer dan perisian komputer yang melibatkan dua penimbal. Penimbal pertama digunakan untuk menyimpan data yang diproses oleh komputer sedangkan penimbal kedua digunakan untuk mengeluarkan atau memasukkan data. Kaedah ini membolehkan pemproses berfungsi tanpa menunggu peranti yang lambat. |
output buffer | penimbal output/penimbal keluaran | Komputer | Tiada | Tiada |
output buffer | penimbal output/penimbal keluaran | Kejuruteraan | Tiada | Penguat, lazimnya dengan gandaan voltan 6dB, pada pemultipleks video. |
buffer zone | zon penimbal | Pertanian | Agroteknologi | Satu kawasan penghalang yang dibentuk untuk mengasingkan tanaman daripada pengaruh yang tidak diingini. Contohnya, dalam pengawalan rumpai yang menggunakan racun kimia, zon penimbal perlu diadakan untuk melindungi tanaman yang peka kepada racun ini. Zon penimbal memisahkan kawasan yang disembur racun dengan kawasan yang tidak disembur racun. Bagi mendapatkan pensijilan sistem tanaman organik, sesebuah ladang organik perlu mempunyai zon penimbal bagi membezakannya dengan ladang bukan organik. Contoh lain ialah bagi pembiakan jagung; zon penimbal perlu disediakan bagi mengawal pendebungaan daripada baka luar supaya tidak mencemari kacukan yang diusahakan. |
buffer overflow | limpah atas penimbal | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Keadaan ketika suatu atur cara atau proses cuba menyimpan data yang melebihi kapasiti penimbal. Lebihan data ini akan melimpah kepada ruang penimbal lain yang bersebelahan dengannya sehingga menyebabkan kerosakan data yang dipegang. |
screen buffer | penimbal skrin | Teknologi Maklumat | Tiada | Data (imej) dalam jumlah yang kecil yang disimpan di dalam ingatan dalam jangka masa yang singkat sebelum dipaparkan oleh skrin komputer. Kad video menghantar imej ke penimbal sebelum dipaparkan oleh skrin. Lazimnya disimpan di dalam ingatan capaian rawak (RAM). Penimbal skrin membantu mempercepatkan pemprosesan dan pemaparan imej. Misalnya, ketika pengguna memuat turun fail video dari Internet, 20% pertama daripada saiz fail akan ditempatkan ke dalam penimbal dan dimainkan. Sementara bahagian pertama dimainkan, komputer akan terus memuat turun baki fail dari Internet. |

buffer range | julat penimbal | Kimia | Tiada | Batas perubahan penimbal terhadap asid atau bes. |
buffer capacity | muatan penimbal | Kimia | Tiada | Kebolehan relatif larutan penimbal untuk menahan perubahan pH apabila asid, atau bes ditambah ke dalam larutan itu. |
acid-base buffer system | sistem penimbal asid-bes | Perubatan | Tiada | Sistem kawal atur penimbal asid-bes dalam badan yang membantu mengekalkan pH darah dengan mengekalkan kepekatan ion hidrogennya dan tidak berubah oleh pencairan, penambahan asid atau alkali. |