Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ni.ruan] | ڤنيروان

Definisi : perihal (proses, perbuatan) meniru: kami tidak menggalakkan ~ terus teknik Jepun ataupun falsafah pengurusan dan kebuda-yaan mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ni.ruan] | ڤنيروان

Definisi : perbuatan atau hal meniru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiru
Kata Terbitan : meniru, meniru-niru, tiruan, peniruan, peniru,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mimesismimesisKesusasteraanTiadaPrinsip dasar dalam pengkaryaan sastea yang berteraskan peniruan. Menurut Aristotle dan Poetics pada kurun keempat sebelum Masihi, sastera merupakan peniruan kehidupan seperti seadanya. Istilah mimesis ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �peniruan�. Lihat juga kritikan mimetik.
parodyparodiKesusasteraanPuisiPeniruan terhadap gaya sesebuah puisi yang dihasilkan oleh seseorang penyair yang lain. Peniruan mungkin sebahagian dan mungkin juga sepenuhnya. Hal ini dilakukan dengan tujuan untuk menimbulkan unsur ejekan atau kelucuan kepada penyair asalnya. Contohnya, puisi "Bagaimana Kalau ..." karya Usman Awang. Bagaimana kalau pada suatu saat Ketika menjalankan tugas yang maha berat Untuk segala keturunan dan zuriat Pak Mudim tersilap meletakkan mata pisau Terpangkas sampai ke pangkal Tercapaikah impian Perdana Menteri meningkatkan Penduduk Malaysia sebanyak 70 juta?
echolaliaekolaliaPendidikanTiadaPeniruan terhadap kata-kata yang lepas yang mungkin diubah sedikit atau sebahagiannya. Biasanya peniruan ini terdapat pada kanak-kanak pada peringkat kata tunggal.
imitationimitasiKesusasteraanTiadaProses peniruan dalam karya sastera. Proses ini berdasarkan anggapan bahawa sastera ialah suatu percubaan untuk meniru alam seperti yang disebut oleh Aristotle sebagai mimesis. Sastera dikatakan bertindak sebagai cermin yang memancarkan realiti kehidupan manusia. Pandangan ini popular sehingga penghujung abad ke-18 apabila konsep peniruan ini mula dipertikaikan. Sesetengah pengkritik menganggap bahawa setiap peniruan akan melibatkan proses mediasi disebabkan oleh faktor ideologi atau kepentingan estetik. Justeru, imitasi bukanlah peniruan yang berlaku tanpa gangguan, tetapi imitasi bersifat amat subjektif. Imitasi berasal daripada perkataan Latin bermaksud �salinan atau tiruan�. Lihat juga mimesis.
mimetic criticismkritikan mimetikKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang melihat karya kesusteraan sebagai suatu peniruan, refleksi atau gambaran tentang alam dan kehidupan manusia. Mengikut kaedah ini, fungsi utama kesusasteraan adalah mencipta kembali pengalaman manusia dengan menggunakan kata-kata. Ukuran dasar bagi sesebuah karya ialah ketepatan gambaran tersebut jika dibandingkan dengan objek yang sebenar. Menurut Aristotle dalam Poetics, sastera merupakan peniruan kehidupan seperti sedia ada. Dalam kritikan ini, aspek sosial, moral, psikologikal dan lain-lain diserlahkan untuk menilai sejauh mana peniruan tersebut memberikan gambaran yang sebenar mengenai kehidupan manusia.
imitationpeniruanKesusasteraanPuisiProses penciptaan puisi yang mencitrakan sesuatu imej berhubung dengan alam atau sesuatu objek. Ini bermakna setiap citraan yang dapat dikesan oleh pembaca dalam sesuatu diksi, rangkai kata ataupun ayat itu ada rujukan atau hipogramnya yang sebenar, bukannya semata-mata ilusinya. Contohnya, puisi Dharmawijaya yang berjudul "Kampung Talang" ataupun "Balada Gadis Tani". Walau bagaimanapun citraan yang berupa tiruan alam dalam puisi "Kampung Talang" itu bukanlah benar� benar sama dengan segala yang ada di kampung itu.
peer imitationpeniruan sebayaPendidikanTiadaTiada
academic emulationpeniruan akademikPendidikanTiadaTiada
copying lathepelarik peniruanKejuruteraanTiadaTiada
imitative learningpembelajaran peniruanPsikologiTiadaTiada
123

Kembali ke atas