Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.jah] | ڤنجاجه

Definisi : bangsa (negeri) yg menjajah se­sebuah negeri lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ja.jah] | ڤنجاجه

Definisi : bangsa atau negara yg menjajah negara lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jajah
Kata Terbitan : menjajah, terjajah, jajahan, penjajahan, penjajah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
colonial administrationpentadbiran penjajahPentadbiranPentadbiran Awam

Pemerintahan sesebuah negara yang dikuasai dan diterajui oleh kuasa asing bagi mengenakan dasar kolonialisme dan imperialisme mereka. Pada suatu ketika dahulu, pentadbiran penjajah berlaku ke atas negara-negara kecil yang belum mencapai kemerdekaan. Pentadbiran penjajah bertujuan untuk mengeksploitasi sumber hasil bumi yang terdapat di negara yang dijajah. Sebagai contoh, Tanah Melayu telah ditadbir oleh pihak penjajah Inggeris buat sekian lama telah banyak meninggalkan kesan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Antara sistem pentadbiran penjajah Inggeris di Tanah Melayu ialah Sistem Residen, Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan pelaksanaan Dasar Pecah dan Perintah.

colonialistpenjajahSains PolitikTiadaTiada
colonialistpenjajahSejarahTiadaSikap yang menunjukkan sokongan atau kepercayaan pada amalan penjajahan.
colonialistpenjajah/kolonialisSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
colonialismkolonialisme/faham penjajahGeografiTiadaTiada
colonial townbandar penjajahGeografiTiadaTiada
colonial penetrationpenyusupan penjajahGeografiTiadaTiada
colonial influencepengaruh penjajahGeografiTiadaTiada
colonial industryperusahaan penjajahGeografiTiadaIndustri/perusahaan yang telah didirikan semasa penjajahan.
colonial administrationpentadbiran penjajahGeografiTiadaTiada
123

Kembali ke atas