Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jawat
Kata Terbitan : sejawat, berjawat, menjawat, jawatan, berjawatan, penjawat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
public officerpenjawat awamPentadbiranTiadaLihat pegawai awam.
Parliamentary SecretarySetiausaha Dewan Parlimen(penjawat awam)PentadbiranPentadbiran Awam

Petugas khas di parlimen yang menguruskan pentadbiran parlimen sesebuah negara. Setiausaha ini turut hadir dalam persidangan untuk mencatat dan mengemaskini semua maklumat atau perkembangan terbaru persidangan tetapi tidak mempunyai kuasa untuk turut sama bersidang atau mengundi. Ia merupakan seorang anggota perkhidmatan awam dan bukan seorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat.

general orderperintah amPentadbiranPentadbiran Awam

Peraturan atau tatacara kerja yang perlu dipatuhi oleh organisasi awam berdasarkan perundangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Perintah Am terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam yang menjelaskan tentang perlembagaan pentadbiran awam di Malaysia. Tujuannya adalah untuk menguatkuasakan satu dasar atau prosedur bagi kepentingan penjawat-penjawat awam dan juga untuk memastikan semua agensi di bawah tanggungjawab kerajaan dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh disiplin dan mengikuti batas-batas profesionalisme. Antara intipati utama Perintah Am ialah prosedur dan etika kerja, hak pekerja, arahan kerja, keperluan-keperluan terhadap kerja, disiplin dan tatatertib.

civil service systemsistem perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Sistem atau kaedah pentadbiran yang direka bentuk secara sistematik bagi mewujudkan penjawat awam yang cekap, cemerlang dan berkesan. Sistem perkhidmatan awam mempunyai struktur yang jelas, fungsi dan peranan yang menyeluruh serta matlamat yang khusus. Sistem ini juga bertujuan untuk menyediakan kemudahan asas yang diperlukan oleh masyarakat, memungut hasil dan mengenakan cukai serta mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam. Antara sistem yang diamalkan dalam perkhidmatan awam ialah Pengurusan Personel Awam yang bertujuan untuk menjana produktiviti yang tinggi dalam kalangan kakitangan awam. Sistem Saraan Malaysia pula bertujuan meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam, menilai tahap kecekapan dan penambahbaikan peluang kerjaya berdasarkan perubahan persekitaran yang dinamik.

civil service levelperingkat perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Hierarki atau tahap tertentu dalam perkhidmatan awam berdasarkan kepada fungsi, peranan dan bidang tugas dalam organisasi. Pewujudan hierarki ini bertujuan untuk menjalankan fungsi pentadbiran dan pengurusan organisasi dengan lebih cekap dan berkesan berdasarkan tahap kepakaran serta pengalaman dalam bidang berkaitan. Peringkat perkhidmatan awam ini akan menentukan kuasa dan kedudukan seseorang penjawat. Semakin tinggi kedudukan penjawat awam maka semakin besar kuasanya. Perkhidmatan awam di Malaysia boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat seperti dalam Kumpulan Perkhidmatan terdapat Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan.

public officerpegawai awamPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab tertentu bagi memenuhi kepentingan masyarakat. Pegawai awam yang dilantik perlu mempunyai kelayakan tertentu dari segi taraf pendidikan dan pengalaman kerja yang bersesuaian dengan jawatan yang dipegang. Pegawai awam terikat dengan etika kerja, nilai-nilai murni dan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam untuk menjamin kesetiaan kepada organisasi, akauntabiliti dan ketelusan bagi meningkatkan kecemerlangan citra perkhidmatan awam. Sinonim penjawat awam

communication skillkemahiran komunikasiPentadbiranPentadbiran Awam

Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan maklumat yang ada pada individu tertentu. Kemahiran komunikasi ini penting dalam pentadbiran agar segala maklumat, mesej serta maksud yang tersurat dan tersirat yang hendak disampaikan dapat difahami dengan mudah dan jelas. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dapat berinteraksi dengan cara lisan dan bertulis dengan lebih berkesan. Seorang penjawat awam perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik untuk memahami dan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif dan efisyen.

nonpartisanismfaham tidak berpihakSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang berpegang kepada suatu pendirian yang bebas dan berkecuali. Fahaman ini diamalkan oleh individu atau kelompok yang tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana pihak yang bersaing. Walaupun begitu, individu dan kelompok ini turut terlibat dalam proses pemilihan pemimpin dan kerajaan. Fahaman ini berkembang melalui konsep neutralisme dalam Pentadbiran Awam yang dipopularkan oleh Dwight Waldo. Dalam menjalankan tugas, penjawat awam mesti berpegang kepada fahaman ini.
accountable public managerpengurus awam bertanggungjawabPentadbiranPentadbiran Awam

Penjawat kerajaan yang mempunyai kuasa dalam sesebuah organisasi bagi menguruskan sesuatu hal ehwal yang berkaitan dengan kepentingan umum. Pengurus awam bertanggungjawab memegang autoriti tertentu dalam membuat keputusan dan mengendalikan bidang kuasa berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan sistem pengurusan organisasi. Untuk menjadi seorang pengurus awam yang bertanggungjawab, seseorang individu itu perlu dedikasi, kreatif, telus dan mempunyai etika kerja yang cemerlang. Contohnya, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan pengurus awam yang bertanggungjawab dalam menentukan bentuk bantuan atau sumbangan yang boleh disalurkan kepada orang ramai.

cross national variationvariasi silang negaraPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah penyelidikan yang melihat pelbagai pemboleh ubah kajian yang mempengaruhi sesuatu keputusan dari negara yang berbeza. Kajian ini memperlihatkan perkaitan pemboleh ubah sesuatu keadaan antara satu negara dengan negara lain. Contohnya, sekiranya kecekapan pentadbiran dalam satu negara dilihat dari faktor sistem pendidikan, jantina pekerja, tingkat umur persaraan dan upah penjawat awamnya, maka dapatan yang sama dari negara lain dapat dibandingkan untuk menghasilkan variasi silang negara.


Kembali ke atas