Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.lis] | ڤنوليس

Definisi : 1. orang yg menulis: siapa ~ surat ini? 2. pengarang (novel, cerpen, dll), penyair, penyajak: hampir semua orang yg hadir pd majlis itu ialah wartawan dan ~ belaka; 3. panitera, setiausaha, sekretaris; 4. sl orang yg melukis (meng-gambar), penggambar, pelukis: setelah dilihat oleh segala Keling ~ itu, maka sekaliannya hairan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.lis] | ڤنوليس

Definisi : 1 orang yg menulis. 2 pengarang sesuatu hasil sastera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Caroline agezaman CarolineKesusasteraanTiada, zaman perang saudara yang telah melahirkan penulis-penulis yang mashyur dan cergas seperti Donne, Bulton, Shirky dan lain-lain.
Elizabethan literaturekesusasteraan zaman ElizabethKesusasteraanTiadaAktiviti kreatif dan output kesusasteraan Inggeris terutamanya drama yang tumbuh dengan banyak oleh penulis-penulis agung.
triolettrioletKesusasteraanTiadaBentuk rima Perancis yang tetap mengandungi 8 dan 2 rima. Baris pertama diulangi seperti di baris keempat, baris kedua dan kelapan adalah hampir serupa. Ia hanya sesekali digunakan oleh penulis-penulis puisi Perancis seperti Daschamps dan froissart di akhir abad Pertengahan.
opposing writerpenulis penentangKesusasteraanTiadaPenulis yang mempertikaikan ideologi politik dan budaya negara sendiri melalui karya mereka. Kebanyakan penulis berasal dari negara komunis seperti Boris Pasternak, Mikhail Zoshdrenko, Anna Akhmatova dan Alexander Solzhenitsyn dari Rusia, serta Vadav Havel dan Milan Kundera dari Czechoslovakia. Contoh penulis penentang di Asia Tenggara ialah Pramoedya Ananta Toer dan W. S. Rendra. Penulis lain ialah Taufik Ismail dari Indonesia melalui karyanya Malu Aku Menjadi Orang Indonesia.
black recordrekod burukSejarahTiadaRakaman bertulis tentang sesuatu atau seseorang berhubung dengan masa silam sama ada oleh penulis sejarah atau penulis biografi.
ghost writerpenulis silumanKomunikasiTiadaOrang yang diupah oleh individu atau pihak tertentu supaya menulis mengenai sesuatu perkara. Apabila hasil tulisan itu diterbitkan, nama penulis yang tersiar adalah nama orang yang mengupah dan bukannya nama penulis sebenar.
pseudonymnama samaranKesusasteraanTiadaNama yang digunakan oleh seseorang penulis dalam karyanya untuk maksud dan sebab-sebab tertentu. Penulis tidak mahu menggunakan nama sebenar dan memilih suatu nama yang lain sebagai gantinya. Nama samaran yang digunakan mungkin hampir atau berbeza sepenuhnya dengan namanya yang sebenar. Terdapat penulis yang menggunakan singkatan nama sebenarnya sebagai nama nama samaran. Contohnya, nama Keris Mas bagi Sasterawan Negara (SN) Kamaluddin Muhammad, Tongkat Warrant bagi SN Usman Awang, Sri Delima bagi Adibah Amin, dan Alis Murni bagi penyair Ali Ahmad. Nama samaran bagi Prof. Dr. �A�ishah �Abd. Al-Rahman ialah bint al-Shati� dalam kesusasteraan Arab. Nama samaran dikenali juga sebagai nama pena.
chroniclerpembabad; penulis babadSejarahTiadaPenulis atau penyusun babad.
contemporary writerpenulis sezamanSejarahTiadaPenulis yang menulis hal-hal yang berlaku pada masa, tahun dan zamannya.
mythopoeic (writer)serap mitos (penulis)KesusasteraanTiadaPenulis yang mengalami kekurangan bahan berunsur mitos untuk disesuaikan dengan kisah-kisah baru dalam karya yang dihasilkannya menurut imaginasi mereka.
12345678910...

Kembali ke atas