sewage fungus | kulat kumbahan | Biologi | Mikologi | Nama am bagi Leptomitus lacteus yang sering ditemukan di kawasan air tercemar dan air kumbahan. Kulat ini kadang-kadang tumbuh di penuras-penuras kumbahan. |
graviti filter | turas graviti; penuras graviti | Farmasi | Tiada | Alat penuras yang hanya bergantung kepada daya graviti untuk proses penurasan. Contohnya, penuras graviti Nutzche. |
tared filter | penuras kosong | Kejuruteraan | Tiada | Penuras yang membolehkan bahan turasan dianggarkan beratnya. |
continuous filter | penuras selanjar | Kejuruteraan | Tiada | Lapisan bahantara penuras seperti batuan dan sebagainya, yang mendedahkan kumbahan kepada udara, dan dengan cara itu, kumbahan terdedah kepada tindakan mikroorganisma yang mengoksidanya. |
filter house | bekas penuras | Kejuruteraan | Tiada | Bekas tempat meletak penuras. |
filter loss | hilangan penuras | Kejuruteraan | Petroleum | Kuantiti atau isi padu bendalir yang boleh mengalir melalui penuras yang telap dalam jangka masa tertentu, selepas dikenakan perbezaan tekanan tertentu. |
membrane filter bioreactor | bioreaktor penuras membran | Bioteknologi | Tiada | Bioreaktor yang kaldu fermentasinya dikitarkan secara selanjar melalui penuras membran. Ubah suaian bioreaktor ini menghasilkan bejana fermentasi turas, iaitu gentian berongga. |
DNA filter assay | cerakin penuras DNA | Bioteknologi | Tiada | Kaedah analisis untuk mengecam DNA rekombinan di dalam sel yang terklon. Sel yang telah ditransformasi dicairkan dan ditumbuhkan di atas plat hingga membentuk koloni terpisah. Replika corak sel yang terbentuk disalin dengan menggunakan turas selulosa nitrat. Sel-sel dilisis dan penuras dipanaskan untuk mengikat DNA dalam bentuk nyahasli dengan kedudukan yang sama seperti koloni sel di dalam piring petri. Penuras ini diolah dengan prob yang bergabung dengan penghibridan DNA pada kedudukan DNA yang telah ditransformasi. |
hybrid released translation | terjemahan pembebasan hibrid | Bioteknologi | Tiada | Kaedah yang membolehkan DNA terklon dikaitkan dengan protein yang dikod. DNA terklon diikat pada penuras selulosa nitrat dan dihibrid dengan penyediaan mRNA. Penuras dibasuh dan mRNA terhibrid dielutkan dengan memanaskan dengan formamid. mRNA yang dipulihkan kemudiannya diterjemahkan dalam sistem bebas sel dan hasil polipeptida yang diradiolabel dianalisis dengan menggunakan elektroforesis gel. bd. terjemahan hentian hibrid. |
filter | penuras | Kejuruteraan | Petroleum | Peranti atau bahantara yang bersifat poros yang digunakan untuk memisahkan bendalir daripada bahan-bahan pepejal yang terampai di dalamnya. Proses pemisahan dilakukan dengan cara mengalirkan bendalir berkenaan melalui peranti atau bahantara yang digunakan. |