redox | redoks | Kimia | Tiada | Singkatan bagi reduction-oxidation, iaitu gabungan proses penurunan dan pengoksidaan. Proses penurunan dan pengoksidaan berkait rapat kerana semasa proses pengoksidaan berlaku, agen pengoksidaannya mengalami proses penurunan dan sebaliknya. Dalam proses elektrokimia, keadaan yang sama juga berlaku, iaitu pengoksidaan berlaku di anod dan penurunan berlaku di katod. Lihat juga tindak balas redoks. |
depression of freezing point | penurunan takat beku | Kimia | Tiada | Pengurangan takat beku sesuatu pelarut dengan penambahan zat terlarut. Ukuran penurunan ini digunakan dalam penentuan jisim molekul relatif zat terlarut. Penurunan takat beku berkadaran dengan bilangan molekul atau ion zat terlarut di dalam pelarut. Penurunan takat beku yang dihasilkan oleh kepekatan molekul yang sama bagi sebarang bahan adalah malar untuk pelarut tersebut. Bdg. penaikan takat didih. |
ground-water lowering | penurunan air tanah | Hidrogeologi | Tiada | Penurunan buatan muka air tanah secara pemampaan atau pengaliran untuk tujuan pengawaairan, terutama bagi kerja bina bawah tanah. Sin.: penurunan muka air tanah |
reduction | penurunan | Kimia | Tiada | 1. Penyingkiran oksigen daripada sesuatu bahan, atau penggabungan hidrogen kepadanya. Misalnya, penurunan kuprum(II) oksida kepada kuprum oleh karbon. 2. Tindak balas yang melibatkan penerimaan elektron. Misalnya, penukaran ion ferum(III) kepada ion ferum(II). Proses penurunan boleh berlaku apabila bahan yang akan terturun, iaitu agen pengoksidaan, bertindak balas dengan agen penurunan atau menerima elektron daripada katod dalam elektrolisis. Bdg. pengoksidaan. |
descent | penurunan | Kejuruteraan | Tiada | Penurunan: Gerakan pesawat udara apabila laluannya condong dari arah mengufuk. |
reducing power | kuasa penurunan | Kimia | Biokimia | Keupayaan sesuatu bahan untuk bertindak sebagai agen penurunan. |
drawdown | surutan | Hidrogeologi | Tiada | Jarak penurunan hulu perigi yang disebabkan oleh penyadapan air. Dipakai juga untuk menunjukkan penurunan permukaan potensiometri akuifer, di sebarang jarak dari perigi, akibat penyadapan air dari perigi itu. (Dimensi: L) Ruj.: Tolman 1937 Sin.: surutan paras air, hulu lekukan |
retrogression (condition) | kerosoton | Kejuruteraan | Tiada | 1. Penurunan aras dasar sungai oleh hakisan di arah ke bawah.,2. Penurunan aras air pada luahan yang sama. |
strength retrogression | kemerosotan kekuatan | Kejuruteraan | Petroleum | Penurunan nilai kekuatan buburan simen yang telah mengeras melalui peredaran masa atau usia simen tersebut. Penurunan ini mungkin terjadi pada suhu di atas 100 darjah Farenheit (82 darjah Celsius). |
dilutional hyponatraemia | hiponatremia pencairan | Perubatan | Tiada | Penurunan paras natrium di bawah julat normal, iaitu 135 mmol/L hingga 145 mmol/L dalam serum. Penurunan ini boleh disebabkan retensi air, infusi larutan hipotonik atau irigasi larutan hipotonik semasa pembedahan endoskopi kelenjar prostat. |