palatopharyngeal closure | penutupan palatofarinks | Perubatan | Tiada | Penutupan kaviti mulut dari kaviti hidung melalui pergerakan berharmoni lelangit lembut, dinding lateral farinks dan dinding posterior farinks. |
period shut-down | penutupan berkala | Kejuruteraan | Tiada | Penutupan reaktor oleh isyarat yang sepadan dengan kala yang paling singkat. |
shutdown procedure | prosedur penutupan | Kejuruteraan | Tiada | Operasi berurutan bagi melakukan penutupan sesuatu reaktor nuklear. |
plug-back operationa | operasi penutupan semula | Kejuruteraan | Petroleum | Operasi penutupan atau penyumbatan lubang telaga dengan cara menempatkan simen dalam kuantiti tertentu ke dalam telaga tersebut. Penyumbatan ini diperlukan atas beberapa alasan seperti pemisahan zon, pengujian formasi, menutup zon kehilangan edaran dan sebagainya. Operasi ini melibatkan penempatan satu turus simen di dalam telaga, dengan teknik tertentu, seperti kaedah dua palam, kaedah berimbang atau kaedah ‘dump-bailer’. |
path of closure | laluan penutupan | Perubatan | Tiada | Laluan mandibel semasa penutupan dan kesemua mekanisme otot dan saraf berada dalam harmoni. |
valve lap | tindih injap | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Perbezaan antara pembukaan injap masukan dengan penutupan injap ekzos yang diberikan dalam bentuk tanda kepada roda tenaga enjin atau dalam sudut putaran. Pembukaan injap masukan terdahulu daripada penutupan injap ekzos memberikan tindihan positif. Manakala pembukaan injap masukan selepas penutupan injap ekzos dinamakan tindihan negatif. Kesan tindihan positif mempercepat pembuangan gas ekzos tetapi boleh juga menyebabkan kehilangan sebahagian daripada campuran udara dan bahan api. Sebaliknya, tindihan negatif menyebabkan sebahagian daripada gas ekzos tertinggal dalam silinder dan bercampur dengan campuran baru. Keadaan ini boleh menyebabkan pembakaran pada suhu yang lebih rendah dalam kebuk pembakaran. |
craniostenosis | kraniostenosis | Perubatan | Tiada | Keadaan apabila berlakunya penutupan pramasa foramen dan fisur tengkorak pada bayi yang baru lahir; penutupan ini menghindar pertumbuhan normal tengkorak. |
secondary cementing | penyimenan sekunder | Kejuruteraan | Petroleum | Sebarang operasi penyimenan yang dilakukan selepas operasi penyimenan primer. Antara pekerjaan yang termasuk dalam penyimenan sekunder adalah kerja-kerja penutupan semula telaga. Dalam kerja-kerja penutupan semula telaga ini, palam simen ditempatkan pada kedalaman tertentu di dalam telaga dan simen dibiarkan mengeras. |
closure | penutupan; kancing (PEM.MAN) | Fizik | Tiada | Tiada |
autoreclosing | penutupan semula automatik | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |