research area | bidang penyelidikan; kawasan penyelidikan | Sosiologi | Tiada | Tiada |
ex post facto research | penyelidikan pembandingan-penyebab/ penyelidikan ex post facto | Pendidikan | Tiada | Kaedah penyelidikan yang mengkaji kejadian yang telah berlaku. Pemboleh ubah yang sedia ada tidak dimanipulasikan untuk mengukur perbezaan atau korelasi dalam sampel. |
public relations research | penyelidikan perhubungan awam | Komunikasi | Korporat | Jenis penyelidikan yang menghasilkan data untuk digunakan dalam perancangan dan penilaian aktiviti perhubungan awam. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mewujudkan, mengembangkan, mengukuhkan, dan mencari pendekatan baru dalam aktiviti perhubungan awam bagi kepentingan sesebuah organisasi atau institusi. Terdapat empat kategori aktiviti penyelidikan perhubungan awam yang biasa dilakukan, iaitu pemantauan situasi persekitaran, audit perhubungan awam, audit komunikasi, dan audit sosial. Pemantauan situasi persekitaran melibatkan penyelidikan tentang gaya hidup dan arah alirannya. Audit perhubungan awam pula melibatkan penyelidikan tentang persepsi awam terhadap citra organisasi. Audit komunikasi melibatkan aktiviti kajian tentang bentuk, proses, dan kesan komunikasi dalam perhubungan awam. Audit sosial pula melibatkan aktiviti kajian tentang interaksi individu di dalam dan di luar organisasi. |
descriptive research | penyelidikan deskriptif | Komunikasi | Tiada | Kaedah penyelidikan yang mengkaji, menjelas dan menganalisis data dalam usaha menyelesaikan masalah sosial pada masa kini. penyelidikan eksploratori. |
advertising research | penyelidikan pengiklanan | Komunikasi | Korporat | untuk menjamin keberkesanan sesuatu mesej pengiklanan dan membantu pihak perancang strategi pengiklanan menyediakan pendekatan mesej yang digunakan. Ruang lingkup penyelidikan ini meliputi aspek yang berkaitan dengan bidang pengiklanan, seperti sistem, proses dan kempen pengiklanan, serta keberkesanan publisiti atau promosi barangan dan perkhidmatan. Penyelidikan pengiklanan boleh bersifat makro atau mikro. Penyelidikan bersifat makro meliputi aktiviti mengesan kesesuaian dan penerimaan sesuatu iklan dalam konteks sistem dan masyarakat keseluruhannya. Penyelidikan bersifat mikro pula mengesan kesesuaian dan penerimaan sesuatu iklan dalam konteks kandungannya, seperti warna, bentuk dan unsur audiovisual yang lain. Antara kaedah yang biasa digunakan termasuklah kajian lapangan, temu bual, kumpulan fokus, analisis kandungan, dan pemerhatian. |
research octane number | nombor oktana penyelidikan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Skala yang menandakan nombor oktana yang digunakan dalam penyelidikan dan dalam rujukan jurnal. Nilai nombor oktana penyelidikan adalah lebih tinggi daripada nilai MON dan berbeza dari segi kepekaan. Singkatan RON. |
ethics committee | jawatankuasa etika | Perubatan | Tiada | Jawatankuasa yang dibentuk oleh sesebuah institusi untuk mengawal selia penyelidikan dari segi etika agar penyelidikan tersebut tidak bertentangan dengan nilai-nilai peradaban, moral, agama dan norma sesuatu tempat sama ada yang melibatkan manusia atau binatang. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli daripada pelbagai bidang seperti sains, perubatan, undang-undang, agama, sosial serta orang awam agar semua aspek etika penyelidikan dapat diteliti. Setiap penyelidikan terhadap manusia atau binatang perlu mendapat kelulusan daripada jawatankuasa etika sebelum dimulakan. |
archaeological investigation | penyelidikan arkeologi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kajian terhadap hubungan antara manusia dengan tinggalan budaya material. Kajian ini meliputi pelbagai bidang seperti Prasejarah, Klasik, Islam, Epigrafi dan Protosejarah. Kajian ini juga mempunyai reka bentuk penyelidikan, sumber kewangan, kakitangan yang mencukupi dan terlatih, keahlian kumpulan pelbagai disiplin yang mampu untuk melakukan analisis dan mengeluarkan laporan akhir sebagai rumusan penyelidikan. Di Malaysia, laporan penyelidikan arkeologi diperlukan untuk memastikan sesuatu tapak pembangunan bebas daripada tinggalan budaya material sebelum tapak tersebut dimajukan. |
marketing research | penyelidikan pemasaran | Komunikasi | Korporat | Proses dan aktiviti yang sistematik untuk mengenal pasti, mengumpul, menganalisis, dan menyebarkan data kepada pembuat keputusan pemasaran. Tujuannya adalah untuk menyediakan maklumat bagi merancang strategi pemasaran, peramalan, dan perancangan masalah pemasaran. Selain itu, proses ini digunakan untuk mengenal pasti peluang pemasaran dan rangkaian hubungan antara pelanggan. Peringkat pelaksanaan aktiviti penyelidikan biasanya mengandungi empat peringkat. Pertama, mengenal pasti masalah atau isu. Kedua, menyediakan kaedah dan peralatan penyelidikan secara saintifik. Ketiga, melakukan penyelidikan. Keempat, menganalisis data serta membuat dan membentangkan laporan. Kaedah yang kerap digunakan adalah kajian lapangan perbincangan kumpulan fokus, serta kajian melalui pos dan elektronik. Aktiviti penyelidikan biasanya dilakukan oleh organisasi yang berkenaan melalui syarikat perunding penyelidikan. |
market research | penyelidikan pasaran | Pengurusan | Perancangan | Suatu aktiviti dalam bidang pemasaran yang melibatkan kajian tentang gelagat pasaran dari segi potensi barangan baharu dan kecenderungan pelanggan. Tujuan penyelidikan pasaran dilakukan adalah untuk mengenal pasti dan memahami keadaan pasaran, memantau cara pasaran berubah serta menyediakan maklumat untuk membuat keputusan perniagaan. Contohnya, penyelidikan pasaran yang dilakukan oleh syarikat pengeluar kereta bagi menjangka penerimaan pasaran, sebelum sesuatu model baharu dikeluarkan. |