taqbud | unjuk terima | Perniagaan Islam | Tiada | Penyerahan harta yang dilakukan oleh pihak yang berakad. Contohnya, penyerahan harta dan balasan dalam akad jual beli tunai atau bertangguh, penyerahan harta dalam akad hibah dan penyerahan faedah kenderaan dalam akad ijarah. Dalam akad jual beli yang melibatkan harta ribawi, taqbud mesti berlaku serentak bagi mengelakkan berlakunya riba yad atau riba nasi’ah. |
crop completely delivery | penyerahan penuh tanaman | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses penyerahan tanaman sepenuhnya oleh pemilik kepada penjaga. Pemilik tanaman tidak lagi mempunyai hak untuk campur tangan dalam kerja pengurusan tanaman tersebut. Penyerahan penuh tanaman berlaku dalam akad usaha sama pengurusan. |
cession | penyerahan wilayah | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Penyerahan daerah berdaulat sesebuah negara kepada negara lain akibat perang atau hasil perjanjian. Contohnya, Maryland dan Virginia menjadi daerah Columbia Amerika melalui proses perjanjian pada tahun 1790. Walau bagaimanapun, Virginia dikembalikan semula pada tahun 1842. Penyerahan wilayah juga boleh berlaku melalui pembelian. Contohnya, pembelian wilayah Louisiana dan Alaska. |
copyright deposit | penyerahan hak cipta | Perpustakaan | Tiada | Penyerahan naskhah percuma buku atau komposisi muzik kepada perpustakaan tertentu menurut undang-undang yang telah termaktub. |
land completely delivery | penyerahan penuh tanah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses penyerahan tanah sepenuhnya yang diakadkan oleh pemilik tanah kepada pengusaha. Oleh itu, pengusaha bebas menguruskan tanah untuk kepentingan projek penanaman tanpa penglibatan pemilik tanah. |
pawn item delivery | penyerahan barang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pemberian kuasa pengurusan barang daripada penggadai kepada pegadai. Hal ini bermakna, penggadai memberi kuasa mengurus harta gadaian kepada pegadai. Kaedah penyerahan pengurusan bergantung pada jenis harta yang digadaikan sama ada harta alih atau harta tak alih. Bagi harta alih, penggadai dikehendaki menyerahkan harta secara fizikal untuk disimpan dan diuruskan oleh pegadai. Contohnya, emas, pakaian dan haiwan. Bagi harta tak alih pula, penyerahan memadai dari sudut pengurusan sahaja melalui surat pemberian kuasa. Contohnya, tanah dan rumah. |
bai‘ istisna’ | bai‘ istisna’/jual beli tempahan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli secara tempahan bagi sesuatu produk mengikut spesifikasi produk, harga, kaedah pembayaran dan penyerahan yang dipersetujui oleh pihak yang berakad. Harga boleh dibayar kesemuanya sama ada semasa akad, semasa penyerahan produk, bayaran separuh semasa akad atau separuh semasa penyerahan produk, mengikut peratusan siap tempahan atau secara ansuran mengikut persetujuan kedua-dua pihak. Setelah urus niaga ini berlaku, pengusaha mempunyai dua tanggungjawab, iaitu menyiapkan produk yang ditempah dan menyerahkan produk setelah disiapkan. Urus niaga ini dikecualikan daripada rukun jual beli kerana tiada produk semasa akad tetapi syarak mengharuskannya kerana keperluan masyarakat. |
deferred sale | bai‘ salam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad jual beli yang menghendaki pembeli mendahulukan harga dan penjual menangguhkan penyerahan barangan bagi suatu tempoh tertentu. Harga, jenis, sifat, kuantiti dan tempat serta tarikh penyerahan ditentukan semasa menandatangani akad. Akad ini bertujuan untuk menjaga kebajikan pembeli dan penjual, iaitu pembeli tidak menanggung beban kenaikan harga dan penjual pula memperoleh tunai lebih awal. Contohnya, akad ke hadapan Islam. Sinonim jual beli salam. |
riba' nasi'ah | riba nasiah | Perniagaan Islam | Tiada | Penangguhan penyerahan atau penerimaan produk ribawi yang sama atau berbeza jenis daripada pihak berkontrak pada waktu yang berbeza. Contohnya, pihak A dan B berurus niaga secara barter melibatkan beras dengan beras, atau beras dengan gandum, tetapi penyerahan salah satu pihak telah ditangguhkan. Urus niaga ini termasuk dalam riba' nasi'ah. Dalam mazhab Syafii, riba' nasi'ah dan riba' yad hanya berlaku bagi pertukaran produk ribawi yang berbeza jenis sahaja. |
buck passing | penyerahan beban tugas | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tugas yang diberikan kepada seseorang untuk dilaksanakan berasaskan kepada pengkhususan dan kemahiran tertentu. Setiap pekerja diberikan tugas yang berasingan dan secara tidak langsung akan menjadi seorang yang mahir dalam bidang-bidang tersebut. Tugas yang diserahkan itu perlu diselesaikan dalam satu jangkamasa yang ditetapkan oleh pihak atasan. Penyerahan beban tugas dibuat berdasarkan kepada penentuan tanggungjawab utama dalam sesebuah organisasi. |