Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyun.ti.ngan] | ڤڽونتيڠن

Definisi : perbuatan menyunting (buku, makalah, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyun.ti.ngan] | ڤڽونتيڠن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menyunting atau menyuntingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyuntingan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
automatic assemblyperhimpunan automatikKomunikasiTiadaSistem penyuntingan audio-video yang menggunakan alat penyuntingan berkomputer. Penyuntingan ini turut menggunakan kod masa dan sistem penyuntingan mengikut jujukan.
editingpenyuntinganKomunikasiTiadaProses mengumpul, memotong dan menyusun bahan mentah filem atau hasil rakaman video. Proses ini dibuat berdasarkan skrip dan perlu melalui berbagai-bagai peringkat penyuntingan iaitu daripada peringkat himpunan, peringkat penyuntingan kasar sehinggalah ke peringkat penyuntingan akhir.
cutting roombilik penyuntinganKomunikasiTiadaBilik atau ruang yang digunakan untuk menyunting filem. Semua peralatan penyuntingan terdapat di dalam bilik ini.
stemastemaKesusasteraanTiadaKaedah dalam kerja penyuntingan sesebuah teks untuk mencari teks asal atau teks prototaip. Kaedah ini melibatkan kajian perbandingan versi naskhah secara kajian filologikal, diikuti dengan penurunan garis keturunan naskhah dari atas ke bawah. Sistem penyuntingan ini dikenali juga sebagai stematologi. Contoh penyuntingan teks berdasarkan stema ini dapat dilihat dalam kajian L. F Brakel 1988 ke atas versi naskhah bertajuk Hikayat Muhammad Hanafiyyah.
on-line editingsuntingan dalam talianKomunikasiTiadaSistem penyuntingan video berkomputer yang dilakukan pada peringkat akhir. Pada peringkat ini, hasil susunan dan suntingan video yang dibuat terlebih dahulu akan dijadikan sebagai panduan. Penyuntingan akan dilakukan dengan lebih berhati-hati kerana menggunakan pita audio dan peralatan yang berkualiti tinggi. Bahan yang terhasil daripada peringkat penyuntingan ini akan dijadikan sebagai bahan siaran.
rough cutsuntingan kasarKomunikasiTiadaProses menyunting salinan filem negatif pada peringkat awal. Penyuntingan ini dibuat berdasarkan kehendak skrip dan dijadikan sebagai panduan semasa penyuntingan pada peringkat akhir.
cross cutsunting silangKomunikasiTiadaTeknik penyuntingan filem secara berselang-seli pada dua atau lebih adegan yang berlainan. Tujuannya ialah untuk menunjukkan semua peristiwa dalam adegan itu berlaku pada waktu yang sama. Teknik penyuntingan in telah dicipta oleh D. W. Griffith.
assemble editsunting kumpul aturKomunikasiTiadaProses memilih, memotong, mengumpul dan mencantumkan bahan-bahan yang diperlukan daripada hasil rakaman sebelum melakukan penyuntingan akhir dengan menggunakan sistem penyuntingan pita video elektronik. suntingan himpunan.
editio princeps (Per.)dasar suntingan/dasar edisiKesusasteraanTiadaKetentuan-ketentuan yang digunakan dalam penyuntingan sesebuah naskhah. Contoh: Pemilihan naskhah didasarkan kepada naskhah yang terbaik setelah membandingkan dengan beberapa naskhah yang lain dan penggunaan kaedah-kaedah penyuntingan seperti kaedah diplomatik dan stema.
line editingpenyuntingan barisKomputerTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas