pixel per inch | piksel per inci | Teknologi Maklumat | Tiada | Sukatan kejelasan atau ketajaman imej paparan pada monitor. Resolusi suatu imej yang dipaparkan oleh monitor ditentukan oleh bilangan piksel per inci. Lazimnya diakronimkan sebagai ppi. |
pixel per inch | piksel per inci | Teknologi Maklumat | Tiada | Sukatan kejelasan atau ketajaman imej paparan pada monitor. Resolusi suatu imej yang dipaparkan oleh monitor ditentukan oleh bilangan piksel per inci. Lazimnya diakronimkan sebagai ppi. |
neutron yield per absorption | hasil neutron per serapan | Kejuruteraan | Tiada | Purata bilangan neutron belah primer termasuk neutron tertunda yang dipancarkan per neutron terserap oleh nuklid mudah belah. |
barrels per day | tong per hari | Kejuruteraan | Petroleum | Unit yang dipakai bagi menyatakan kadar pengeluaran minyak dari sesuatu telaga, iaitu jumlah minyak yang dikeluarkan dalam unit tong dalam tempoh sehari. Unit ini juga digunakan bagi kadar pemprosesan atau kadar keupayaan penapisan minyak oleh loji-loji penapis minyak; iaitu menyatakan jumlah minyak tertapis yang dapat dikeluarkan dalam sehari. Rujuk : tong tangki stok per hari. |
integrated reflection | pantulan terkamir | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah di antara jumlah tenaga yang dibelaukan oleh hablur terhadap tenaga alur tuju per saat per unit luas apabila hablur tersebut diputar dengan halaju sudut tertentu melalui kedudukan yang dibalikkan. |
pay-per-click | bayar per klik | Umum | Tiada | Model pengiklanan dalam talian apabila pengiklan membayar kepada penyedia tapak web setiap kali pautan iklan diklik oleh pengguna. |
wave intensity | keamatan gelombang | Fizik | Mekanik | Jumlah tenaga purata per unit luas per unit masa yang dipindahkan oleh suatu gelombang di dalam arah perambatan gelombang. |
energy loss | kehilangan tenaga | Kejuruteraan | Tiada | Jumlah tenaga hilang oleh atom per unit luas normal terhadap gerakan zarah berkenaan. |
cyclotron angular frequency | frekuensi sudut siklotron | Kejuruteraan | Tiada | Frekuensi yang diberi oleh cas per jisim sesuatu zarah didarab dengan ketumpatan fluks magnet. |
specific fuel consumption | penggunaan bahan api tentu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Jumlah penggunaan bahan api oleh enjin untuk menghasilkan setiap unit tenaga yang dikeluarkan. Jumlah bahan api diukur dengan brek dinamometer pada tapak uji enjin. Penggunaan bahan api tentu ini diukur dalam unit kilogram per kilowat jam. kilogram per megajoule atau paun per kuasa kuda brek jam. |